|
Sebagai respons kepada cadangan bekas pelajar SMK Putatan, di
sini kami menyokong penubuhan persatuan alumni sekolah ini. Sesiapa yang
berkesanggupan menjadi AJK penaja persatuan ini bolehlah menghubungi terus pihak
pentadbiran sekolah.
Bagaimana menubuhkan persatuan bekas pelajar (alumni)?
Berikut adalah beberapa langkah yang MUNGKIN boleh diikuti:
Langkah 1 : menubuhkan satu jawatankuasa penaja.
AJK penaja persatuan alumni mesti ditubuhkan untuk menjadikan
ia sebuah organisasi sosial yang sah. Ia mesti terdiri sekurang-kurangnya,
|
Penaung/Penasihat |
: |
|
|
|
|
|
|
Pengerusi |
: |
|
|
Naib
Pengerusi |
: |
|
|
Setiausaha
Kehormat |
: |
|
|
Naib Setiausaha
Kehormat |
: |
|
|
Bendahari
Kehormat |
: |
|
|
|
|
|
|
Ahli
Jawatankuasa bertindak |
: |
1. |
|
|
|
2. |
|
|
|
3. |
|
|
|
4. |
|
|
|
5. |
Langkah 2 : menyediakan satu kertas kerja dan diserah kepada pihak sekolah untuk
semakan.
AJK penaja hendaklah menyediakan kertas kerja mencadangkan
penubuhan persatuan bekas pelajar. Antara kandungan terpenting ialah:
-
Nama persatuan. Selalunya ada dinyatakan nama sekolah
sekali. Contohnya, Persatuan Alumni SMK Putatan
-
Tujuan penubuhan.
-
Jenis dan syarat keahlian. Selalunya di panggil ahli
biasa dan syaratnya mesti pernah bersekolah di SMK Putatan
-
Tabungan. Berkaitan sumber kewangan
-
Cadangan sumbangan persatuan kepada pihak sekolah. Ini
penting kerana persatuan alumni ditubuhkan selalunya bagi tujuan menyumbang
semula kepada pihak sekolah, dalam apa jua bentuk yang sesuai. Lebih kurang
macam PIBG.
-
Perkara lain.
Nasiha cikgu ialah, sila rujuk alumni sekolah lain dan
dapatkan panduan penubuhan mereka. Antara alumni yang sudah 'establish' ialah
alumni Maktab Sabah. Tetapi sekolah lain juga boleh dirujuk.
Langkah 3 : menunggu kelulusan dari pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah
Langkah ini terpaksa dibuat kerana ia menggunakan nama
berdaftar sekolah. Walau bagaimanapun dengan ajk penaja yang aktif, perkara ini
akan dapat diperolehi dalam masa yang lebih cepat. Sila rujuk JPNS untuk
keterangan lebih lanjut.
Langkah 4 : Mengedarkan surat atau kad jemputan hadir ke mesyuarat agung pertama
persatuan alumni
Di sini, pihak ajk penaja mesti menganjurkan mesyuarat agung
penubuhan yang pertama kali. Lokasi mesyuarat terserah kepada pihak ajk penaja,
sekolah tidak akan terlibat secara langsung. Anda boleh berusaha menghubungi
bekas-bekas pelajar seramai mungkin. AJK penaja boleh juga, dengan kerjasama
sekolah, mengedarkan kad jemputan melalui pelajar-pelajar sedia ada kerana
sebahagian mereka adalah adik beradik kepada bekas pelajar.
Langkah 5 : Menjalankan mesyuarat agung dan melantik AJK tetap pertama dan
perlembagaan persatuan.
Di sini ajk penaja akan memulakan mesyuarat agung. Antara
agenda penting ialah perlantikan ajk pertama, tetap atau bertempoh, dan
membentangkan cadangan perlembagaan persatuan untuk diundi oleh hadirin.
Kehadiran sangat penting dan hadiran sepatutnya menjadi ahli alumni yang baru
itu.
Langkah 6 : AJK Induk pertama mendaftarkan persatuan alumni ini dengan pendaftar
pertubuhan.
Pendaftaran dengan pendaftar pertubuhan akan membolehkan
alumni sekolah membuat aktiviti lebih luas. Tanpa pendaftaran, dikhuatiri
aktiviti-aktiviti sosial alumni di luar dianggap melanggar undang-undang.
Itu saja yang terfikir oleh cikgu buat masa ini. Jika ada
kesilapan harap dimaafkan. Buat sementara waktu sebelum penubuhan itu menjadi
kenyataan, pihak kami dalam proses merancang bagaimana dapat mengumpul senarai
bekas pelajar. Kita akan anggap ia sebagai senarai 'unofficial'. Melalui link
luar, mana-mana bekas pelajar yang prihatin bolehlah meninggalkan nama, alamat
terkini dan sebagainya. Diharap ada bekas pelajar yang sanggup melakukannya.
Kami akan terima link website anda.
Disediakan oleh Cikgu Rithuwan
|