Sejarah Ringkas Sekolah. 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam pada
awalnya merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan biasa dibuka pada
1 Januari 1988, dengan bilangan guru seramai 14 orang pada semester pertama
dan bertambah sehingga 24 orang pada semester kedua. Pengetua pada masa
itu ialah Encik Matshah Abdul Hamid manakala bilangan pelajar ialah
seramai 455 orang pelajar dan seramai 184 orang pelajar sahaja yang tinggal
diasrama pada masa itu.
Pada peringkat awalnya, sebanyak 4 kelas tingkatan 1 aliran agama ditumpangkan
buat sementara waktu dan kemudiannya sebanyak 10 buah kelas aliran akademik
dibuka di sekolah ini pada tahun tersebut. Pada penghujung tahun 1988,
terdapat cadangan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah menengah
agama memandangkan sekolah asal yang dicadangkan sebagai sekolah menengah
agama yang terletak di daerah Ranau masih di dalam proses pembinaan. Pihak
jabatan telah bersetuju memandangkan sekolah ini sangat strtegik untuk
dijadikan sekolah menengah agama disebabkan sekolah ini berhampiran dengan
pusat pentadbiran. Cadangan tersebut menjadi kenyataan apabila pelajar-pelajar
tingkata 5 dan 6 atas bersama 20 orang tenaga pengajar dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Limauan dipindahkan ke sekolah ini pada 3 Januari 1989.
Pada masa itu juga berlaku perubahan dalam pentadbiran dengan pertukaran
pengetua dan 2 orang penolong kanan. Maka rasmilah sekolah ini menjadi
salah sebuah sekolah menengah agama di Sabah. Nama sekolah juga turut diubah
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam kepada Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Inanam.
Bilangan guru dan pelajar sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun
sehinggalah pada tahun 2000, bilangan guru telah mencecah sebanyak 53 orang,
manakala bilangan pelajar sekolah pula sebanyak 479 orang pelajar.
Senarai pengetua yang pernah mentadbir
sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|