SEKOLAH MENENGAH STELLA MARIS

PETI SURAT 5, 89457 TANJUNG ARU,

KOTA KINABALU, SABAH

TEL  : 088-221468

FAX : 088-262961

"Simple In Virtue, Steadfast In Duty"

Lagu sekolah Link Majalah sekolah Webmaster Email kami

PIBG SM STELLA MARIS

 

Persatuan Ibubapa -Guru(PIBG) SM Stella Maris telah di tubuhkan pada tahun 1990. Pengundian AJK dilaksanakan dalam mesyuarat Agung yang diadakan 2 tahun sekali. Semenjak ditubuhkan PIBG telah banyak membantu dari segi tenaga maupun kewangan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti tahunan sekolah. Antara lain turut serta dalam menganjurkan Pasaria sekolah, Merentas Desa, Sukan Tahunan, membiayai pembelajaran pelajar dalam beberapa Kejohanan Olahraga dan jamuan akhir tahun kakitangan SM.Stella Maris

        Selain itu PIBG juga banyak membantu dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dengan membantu pembayaran subsidi Kelas-kelas tambahan untuk pelajar Tingkatan III dan V, pembayaran yuran peperiksaan SPM dan PMR bagi pelajar yang kurang mampu. PIBG juga turut serta dalam menganjurkan seminar motivasi kepada pelajar dan seminar Keibubapaan kepada ibubapa. Dalam bidang disiplin PIBG juga terlibat dalam pemeriksaan (Spot Check) di sekolah.

        

TAHUN PENGERUSI PIBG
1990-1992  Encik Ambrose Angkangon
1992-1994  Puan Sabilah Ali
1994-1998  Encik Harun Abdul Wahab
1998-2000 Encik Benjamin David
2000-2002 Encik Mohd Akbal Nasir Ahmad

    Sehingga kini, PIBG SM Stella Maris telah menunjukkan komitmen terhadap kemajuan mahupun kebajikan pelajar SM.Stella Maris.Berikut adalah senarai Pengerusi PIBG SM.Stella Maris.




Gambar AJK PIBG Tahun 2000-2002

Berdiri dari kiri ke kanan:

En. John Sarat, En. Abdul bin Wajil, Pn. Rohani Abdullah, En. Awang Hishahmuddin, En. Mohd Affendi.

Duduk dari kiri ke kanan:

En. Kasman Amat, En. Mohd. Amjad, En. Mohamed Akbal bin Nasir Ahmad (Pengerusi), Pn. Gan Lee Ping (Pengetua), En. Shuhery bin Shuib,Puan Mercy Mathew, Pn. Sylvia Seviar.

Tiada dalam gambar: Cik Rozitah Mohd. Yusof, Pn. Rohana Karim, En. Choong Kwock Meng.






Penyerahan tugas oleh Encik Benjamin David kepada Encik Akbal pengerusi yang baru



    Mesyuarat Agung PIBG sesi 1998 - 2000 telah diadakan pada 24 Jun 2000 bersempena dengan Hari Anugerah Cemerlang. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SRK Stella Maris. Seramai 94 ibubapa ibubapa dan guru telah hadir pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat Agung telah dimulakan dengan ucapan Pengetua, Puan Gan Lee Ping diikuti oleh ucapan YDP PIBG, En Benjamin David. Laporan setiausaha telah 
dibacakan oleh Cik Esther Majorie manakala laporan kewangan oleh Cik Rozitah Mohd Yusof. Perlantikan AJK PIBG yang baru telah dilakukan setelah pembubaran AJK sesi 1998-2000. Berikut adalah AJK PIBG sesi 2000-2002.


YANG DIPERTUA
Encik Akbal Nasir Ahmad

NAIB YANG DIPERTUA
Encik Shuhery Shuib

SETIAUSAHA
Puan Rohana Karim

BENDAHARI
Cik Rozitah Mohd Yusof

PENOLONG SETIAUSAHA
Encik Affaidi Ali

AJK
Encik Affendi Arrifin
Puan Rohani Abdullah
Puan Sylvia Seviar
Puan Mercy Mathew
Encik Kasman Ahmad
Encik Mohd Amjad Muzaffar
Encik John Sarat
Encik Abdul Wajil
Encik Awang Hishahmuddin


Ke Menu Utama