![]() |
|
PERUTUSAN PENGETUA
|
|
SEKAPUR SIREH
PENGETUA SM. STELLA MARIS
Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Laman WEB tahun 2001 atas kejayaan menerbitkan laman web ini..Tahun ini bilangan murid berjumlah 1123 orang dan guru-guru berjumlah 48 orang. Prestasi akademik kekal baik dengan pencapaian kelulusan peratus 78.9% dalam peperiksaan PMR dan 89.8% peratus di dalam peperiksaan SPM. Mengikut merit SM.Stella Maris. merupakan salah satu senarai sekolah ‘ Top 10 ’ peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan. 13 orang murid dapat 7A dan 7 orang dapat 6A.
Dari segi ko-kurikulum pula, kami terus menjadi tuan rumah bagi pertandingan forum remaja dan pesta pantun peringkat antara sekolah daerah Kota Kinabalu. Kami juga salah satu sekolah premier yang menganjurkan pertandingan hoki dan bola jaring. Tahun ini merupakan kali pertama kami menganjurkan Jogathan 2001 dengan tujuan untuk menambahkan tabung PIBG memperkembangkan bilikkomputer.Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru penasihat dan murid-murid yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:
i) Pantun : Norazan Bulat (Pengerusi & Pemantun terbaik), Siti Zurani Abd Karim, Siti Norliah M. Noor Johan Pantun Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2001.
ii) Forum Remaja :Johan Pantun Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2001.
iii) Olahraga : Gilian Benjamin Wakil Negeri MSSM acara jalan kaki Alexandrina Aloysius acara Lompat Jauh & Lompat Pagar MSSB.MSSS Sabah Nicolyn Rachel Naruyin 100 meter pagar.Andy Lynn Andrew, Alexandrina Aloysius, Felendra Grace Pelatih SUKMA Sabah.
iv) Hoki : Mewakili Negeri Sabah dalam sekolah-sekolah Premier Zon Sabah
v) Bola Keranjang : Wong Kui Hong, Fitri Suzainte mewakili peringkat kebangsaan
vi) Bola Jaring : Wong Kui Hong, Wong Siew Ping, Sharifah mewakili Karnival Sukan (SUKMA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2001.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah dan syabas kepada AJK PIBG yang baru tahun 2000/2002 khasnya yang Dipertua Pengerusi PIBG En Mohamed Akbal bin Nasir Ahmad atas kejayaan mereka meneruskan tugas-tugas mereka dengan sempurna .Antara aktiviti mereka adalah jogathon 2001 dan seminar ‘ Anakku Pelita Hatiku ’ yang mendapat sambutan baik.Marilah kita bersama-sama meneruskan usaha ke arah kecemerlangan demi mencapai visi dan misi sekolah.’To be a blessing to the community by providing quality education and related services”.
“Simple In Virtue, Steadfast in Duty”
(PUAN GRACE GAN LEE PING)
Pengetua
SM.Stella Maris ,Kota Kinabalu