![]() |
|
BADAN PENGAWAS
Penubuhan Parlimen SM Stella Maris
Pengenalan
Atas persetujuan sebulat suara daripada guru-guru yang hadir dalam mesyuarat guru yang berlangsung pada 8 Disember 1990 bersamaan hari Sabtu, maka diputuskan bahawa satu badan murid digelar Parlimen SM Stella Maris akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh pelajar-pelajar SM. Stella Maris. Sistem parlimen diadaptasi, diteliti dan diperbaharui daripada sistem parlimen SM La Salle Kota Kinabalu yang telah ditubuhkan pada tahun 1965.
Objektif
Objektif penubuhannya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di mana murid-murid akan dilatih menjadi pemimpin yang dapat menerima cabaran dan kritikan serta bertanggungjawab ke atas rancangan dan tindakan sendiri. Sistem parlimen ini juga memberi kuasa yang lebih luas kepada murid untuk mengambil bahagian dalam pengurusan hal ehwal murid sendiri. Juga diharapkan agar sistem ini dapat berfungsi secara sendiri (self-perpectual) dengan penyeliaan minimum daripada pihak guru.
Pembentukan Kabinet
1. Ahli-ahli parlimen akan digelar pengawas-pengawas sekolah dan Presidennya digelar Ketua Menteri dan akan dicalon dan dipilih daripada pelajar-pelajar sendiri.
2. Presiden akan dicalon dan dipilih oleh pelajar-pelajar melalui pengundian.
3. Akan dibenarkan lebih daripada 2 orang calon yang akan bertanding jawatan Presiden.
4. Calon yang mendapat majoriti undi akan dilantik menjadi Presiden / Ketua Menteri.
5. Calon yang mendapat kedua banyak majoriti undi akan dilantik menjadi Ketua Imej Parlimen.
6. Ketua Menteri hendaklah membentuk kabinetnya dalam masa satu minggu selepas keputusan pengundian diumumkan. Menteri-menteri dalam kabinetnya akan mengetuai kementerian masing-masing.
7. Ketua Imej hendaklah membentuk imej kabinetnya dalam masa satu minggu selepas keputusan pengundian diumumkan.
8. Ini akan diikuti dengan upacara mengangkat sumpah di mana ahli-ahli kabinet yang baru yang dilantik akan mengangkat sumpah untuk menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan sedaya-upaya.
9. Ketua Menteri akan diperturunkan kuasa mentadbir menteri-menterinya. Guru hanya bertindak sebagai penasihat sahaja.
10. Pihak imej akan diberi kuasa memerhati dan mengkritis secara membina terhadap tugas-tugas Badan Parlimen
11. Persidangan parlimen mesti diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
12. Ketua Menteri dan Ketua Imej serta kabint-kabinatnya diwajibkan menghadiri persidangan tersebut.
13. Dalam persidangan, hal ehwal murid akan di perbahaskan dan pihak imej berhak mengkritik setiap isu secara membina. Isu-isu sensitif yang melibatkan bangsa, agama dan individu akan diharamkan.
14. Keseluruhan kuasa, tugas-tugas mentadbir terletak pada residen dan kabinetnya. Walaubagaimanapun, dalam keadaan yang diizinkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan pihak pembangkang dibenarkan mentadbir sesuatu yang tertentu.
15. Pengetua berkuasa membubarkan parlimen tanpa memberi sebab.
16. Adalah hak Pengetua menetapkan tarikh baru pengundian.
17. Speaker persidangan akan terdiri daripada seorang guru.
Rancangan Tahunan Kementerian 1995-1999.
Terdapat sembilan kementerian dalam badan parlimen Sm Stella Maris iaitu:
a) Kementerian Hal Ehwal Dalam Dan Luar serta imejnya.
b) Kementerian Alam Sekitar serta imejnya.
c) Kementerian Kerjaya serta imejnya
d) Kementerian Kewangan serta imjnya.
f) Kementerian Pendidikan serta imejnya.
g) Kementerian Kebudayaan serta imejnya.
h) Kementerian Sukan serta imejnya
i) Kementerian Kesihatan serta imejnya.
Setiap Kementerian terdiri daripada seorang Menteri, Timbalan dan beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa. Ahli-ahli dalam setiap kementerian akan berkerjasama untuk melaksanakan rancangan tahunan yang telah ditetapkan dalam masyuarat Jemaah Menteri.
(a) Kementerian Hal Ehwal
Objektif:
i) Mengutamakan disiplin para pelajar dan pengawas.
ii) Memastikan pelajar berada dalam keadaan yang selamat.
iii) Mencegah aktiviti gejala sosial.
Aktiviti:- Minggu Disiplin.
- Kursus motivasi dan kepimpinan ahli parlimen, ketua dan penolong ketua kelas.
(b) Kementerian Alam Sekitar
Objektif: - Memastikan dan meningkatkan mutu kebersihan sekolah.
Aktiviti:- Minggu Kebersihan
- Anugerah Kelas Terbersih
- Gotong Royong
- Pemungutan Sampah Seharian
(c) Kementerian Kerjaraya
Objektif: - Membuat laporan mengenai bangunan sekolah yang tidak berada dalam keadaan yangbaik.
Aktiviti:- Jadual tugasan Pengawas.
- Mengurus peralatan tertentu semasa hari perayaan di sekolah.
(d) Kementerian Kewangan
Objektif: - Mengurus pentadbiran kewangan parlimen.
- Menambahkan tabung kewangan parlimen.
Aktiviti:- Pasaria SM.Stella Maris
- Projek Tabung 1 sen
- Derma Kilat.
(e) Kementerian Penerangan
Objektif: - Bertanggungjawab dalam menyampaikan pengurusan melalui sistem P/A.
Aktiviti:- Membantu dalam menyedia sistem P/A semasa perhimpunan, ceramah dan hari-hari perayaan
- Mempamerkan berita terkini di papan kenyataan.
- Memperbaharui rentak lagu sekolah.
(f) Kementerian Pendidikan
Objektif: - Memberi penekanan kepada aktiviti berunsurkan pendidikan.
Aktiviti:- Minggu Pendidikan
-Lawatan sambil belajar ke IPT.
- Mengadakan ceramah kerjaya.
(g) Kementerian Kebudayaan
Objektif: - Merayakan perayaan-perayaan yang disambut.
- Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para pelajar dan guru-guru.
Aktiviti:- Bakat Stella Maris
- Perayaan Hari Guru
- Perayaan Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan lain-lain.
- Stellarian Week (Permainan dan Telematch).
(h) Kementerian Sukan
Objektif: - Meningkatkan kesedaran warga SMSM mengenai semangat kesukanan.
Aktiviti:- Mengetuai senaman pagi semasa perhimpunan.
- Merentas Desa.
- Telematch antara sekolah.
(i) Kementerian Kesihatan
Objektif: - Mempertingkatkan pengetahuan pelajar mengenai kesihatan fizikal dan mental.
Aktiviti: - Mengedarkan risalah-risalah kesihatan ke kelas-kelas.
- Minggu kesihatan
- Ceramah HIV/ AIDS.
- Program Bebas Denggi
SENARAI KETUA PENGAWAS SM STELLA MARI
TAHUN KETUA PENGAWAS 1990 Anthinia Anthony 1991 Imelda Angkangon 1992 Faridah Ariffin 1993 Fedelia Mathew 1994 Aries Henry Joseph 1995 Siti Rafidah Ahmad 1996 Diana Christie 1997 Cynthia Lim Fui Foo 1998 Arlene Andrew 1999 Norafida Ramlee 2000 Audrey Chong 2001 Rohana Ramlee