![]() |
Bersyukur saya kepada Tuhan kerana telah diberi penghormatan untuk mencoretkan sepatah dua kata. Sesungguhnya, saya berasa amat bangga atas kejayaan pembinaan laman web sekolah ini.Guru-guru serta pelajar yang dikasihi sekalian, pendidikan adalah bidang yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara dan bangsanya amat bergantung kepada kecermerlangan pendidikan. Para pendidik, pelajar, dan ibu bapa perlulah benar-benar faham dan jelas tentang matlamat 'Falsafah Pendidikan Negara' dan 'Wawasan 2020'.Para pendidik perlulah sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan imej perguruan di samping meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar pula perlulah memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan disamping berusaha bersungguh-sungguh agar tercapai segala cita-cita. Yakinlah bahawa jika kita telah berusaha, pasti kejayaan dikecapi jua.Akhir kata, saya ucapkan syabas kepada guru yang telah ditugaskan membina laman web ini, yang berjaya memenuhi tanggungiawabnya dan kepada semua guru serta pelajar, terima kasih atas segala keprihatinan dan usaha anda dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai warga pendidik dan warga pelajar.Sekian, terima kasih. |
![]() |
SK Pomotodon telah dibina pada tahun 1974 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Ini adalah salah satu usaha kerajaan memberi kemudahan pendidikan kepada masyarakat setempat diseluruh Negeri Sabah dan amnya di Malaysia. Sekolah ini merupakan sekolah milik kerajaaan yang pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kerajan (SRK).Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Pomotodon. Mengikut cerita bekas Ketua Kampung Pomotodon, Encik KK Kayandang Langgung, Kampung Pomotodon dinamakan sempena nama sepohon kayu yang menjadi tempat dan pusat pertukaran barang dagangan diantara dua pihak iaitu masyarakat dari persisiran pantai dengan mereka yang datang dari kawasan pergunungan. Aktiviti perdagangan ini dinamakan "POOTODON" atau "POPINGOTODON" (bahasa Dusun). Ekoran dari peristiwa tersebut maka wujudlah nama Kampung Pomotodon.Sekolah ini telah didirikan di sebuah kawasan seluas 1.4 hektar. Teletak lebih kurang 4 kilometer dari Inanam. SK Pomotodon dapat dihubungi dengan mudah menggunakan jalan raya yang berturap. |
![]() |
Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dalam semua aspek pendidikan kea rah melahirkan generasi pelajar yang berperibadi dan berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berbudaya saing menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan 2020. |
Kami warga pendidik SK Pomotodon berjanji dengan penuh ikhlas akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami ke arah:
|
SK Pomotodon tempat kami belajarSemoga kami berguna pada masa hadapanSK PomotodonIndah sungguh namamu kami semua dididikKami semua dididik untuk bangsa dan negaraKami timba ilmu dari semua guruYang memimpin kamiSK PomotodonTajuk : SK Pomotodon Lagu/Lirik : En. Francis Kahai @ Rezwuan (1986) |
![]() |
Maksud Logo SekolahGunung -Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara yang terletak di negeri Sabah melambangkan keteguhan semangat pelajar-pelajar SK.Pomotodon.Topi Graduan - Simbol kemuncak bagi pendidikan para pelajar.Buku - Merupakan sumber bagi segala ilmu.Bunga Padi - Merupakan hasil bumi yang terdapat di Pomotodon yang merupakanMakanan asas penduduk di Malaysia .Warna Hijau - Melambangkan alam semulajadi yang mendamaikan.Warna Biru - Melambangkan keharmonian dan ketenangan.Warna Unggu - Warna Sekolah.1974 - Tahun SK.Pomotodon dibina. |
KELAS |
LELAKI |
PEREMPUAN |
JUMLAH |
1 A |
7 |
13 |
20 |
1 B |
19 |
11 |
30 |
2 A |
19 |
26 |
45 |
3 A |
10 |
13 |
23 |
3 B |
10 |
11 |
21 |
4 A |
19 |
19 |
28 |
4 B |
11 |
13 |
24 |
5 A |
30 |
15 |
45 |
6 A |
23 |
19 |
42 |
PRA |
14 |
11 |
25 |
JUMLAH KELAS: 10 |
152 |
151 |
303 |
Sekolah Kebangsaan Pomotodon Inanam,Peti Surat A 204, 88857, Kota Kinabalu,Sabah.Kod Sekolah : XBA 4073Tel & Fax : 088 424255Web : www.sabah.edu.my/skpmtdonE Mail : skpomotodon@yahoo.com |