| SEMBAHYANG YANG DIJIWAI ( DIHAYATI )
oleh : ust.Harun Ta'at AL-FATIHAH SLOT MINDA PAGI SEMBAHYANG YANG DIJIWAI.... "SEMBAHYANG YANG DAPAT DIJIWAI (DENGAN MELAHIRKAN BERBAGAI-BAGAI RASA KEHAMBAAN) DAPAT MEMBAKAR DAN MEMUSNAHKAN SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG MERUPAKAN RACUN MAKNAWI DALAM DIRI MANUSIA." #rasa-rasa kehambaan itu adalah seperti rasa takut kepada ALLAH, hina diri, malu, rasa diperhati, rasa diawasi,rasa bimbang, rasa harap, rasa rindu, gementar, rasa dikuasai dll. #sifat-sifat mazmumah itu seperti ego, hasad dengki, pemarah, tamak, akhil, jahil, memfitnah, keras hati adu domba, menghina, gila kasa dll. #Sifat2 ini adalah racun kerana sifatnya yang rosak dan merosakkan. Jika seseorang menyimpan sifat2 ini di dalam hatinya, dia adalah seorang yang rosak kerana hidupnya tidak tenang, betapa lagi jika diuji dengan sesuatu yang boleh mengeluarkan sifat2 tersebut, maka ia akan merosakkan orang ain. Ex. marah : Orang yang pemarah, hatinya tidak tenang, ada sahaja yang tidak kena, bila timbul sesuatu yang mengeluarkan marahnya, maka keluarlah dari mulutnya kata2 yang menyakitkan orang lain, kemungkinan jika tidak dikawal tangan dan kakinya juga akan berperanan. "KALAU IBADAH SEMBAHYANG TIDAK DAPAT MELAHIRKAN RASA-RASA KEHAMBAAN, MUSTAHIL DI LUAR SEMBAHYANG SIFAT KEHAMBAAN INI DAPAT DICETUSKAN." #Kalaulah di depan Tuhan,Raja segala raja, berkuasa mutlak ke atas diri kita, hanya beberapa minit sahaja,tidak dapat melahirkan rasa2 tersebut, diluar sembahyang jauh sekali, sedangkan rasa kehambaan itulah yang memusnahkan sifat-sifat hati yang jahat, rasa itulah pengawalnya. "APABILA RASA-RASA KEHAMBAAN INI TIDAK WUJUD DI DALAM HATI, MAKA YANG MENGISI HATI DAN JIWA ADALAH SIFAT MAZMUMAH YANG MENJADIKAN MANUSIA BERGADUH, BERTENGKAR, JATUH-MENJATUH, SAKIT MENYAKITI,BUNUH-MEMBUNUH, MAKA AKHIRNYA ROBOHLAH PERPADUAN, HILANG KEHARMONIAN MASYARAKAT, ROSAKLAH KEHIDUPAN MANUSIA." #Penyakit masyarakat sekarang berpunca dari hati yang rosak, hati rosak kerana ia dibiarkan berkarat dengan sifat-sifat mazmumah. Bertengkar, bergaduh, bunuh membunuh dll bukan diarahkan oleh tangan, kaki, kerana ada senjata, ada kuasa dll, benda2 ini hanyalah ALAT SEMATA-MATA, alat embunuh, bertengkar dll. Puncanya adalah hati, yang tidak puas hati, melayan ego, dendam dll. SELAMAT BERAMAL! |