| Solat TAHAJUD
TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya
tengah
malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga
sabagai
shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para
pemimpin
Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan
solat
ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat
Islam
mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam
begitu
juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan
jam
sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti
Dr Ray
Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England
University
of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur
malam
selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan
tidur lelap.
Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu
berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya
ialah
ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam
tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana
kita
tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika
tidur.
Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba
lari dia
akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan
demikian
dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita
mesti
melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak
tidur,
mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana
suhu
badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan
jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu.
Tidur Tao,
Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan
amalan
pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama
mereka.
Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya
lebih kurang
tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra
agama
yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies
dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan
mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : "
The woods
are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles
to go before
I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai
temujanji
yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by
sudden
fight. But while their companions sleep were toiling upwards in
the
night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama
tidak
didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut
malam pada
waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai
kejayaan
dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah
kebaikan dan
kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan
ketika
itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah
itu
mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa
kita, mental
kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang
Allah
Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus
yang wujud
di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit
matahari
dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan
badan dan
melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot
itu sangat
penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen
itu hilang
dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi
sehingga
esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati
oksigen
tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen
ini.
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar,
pada
mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir
dan
letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada
kita
manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua
belah
tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di
atas
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus
ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang
pinggang
dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas
otot-otot
kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot
kaki.
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian
yang
kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud
lagi
dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini
kita telah
secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada ,
bahu,
lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain
otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk
antara
dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan
tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.
Dalam kita
memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan
oksigen
yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu
akan
memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang
selalu
menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. |