SELAMAT
SEJAHTERA
Negara kita sangat bertuah kerana diterajui
oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berkalibar. Beliau telah membawa
malaysia ke arah kemajuan yang begitu pesat sekali dan kejayaan demi kejayaan
di mata dunia.
Perlaksannan MSC ( Multi Media Supercoridor ) sekali lagi telah menaik
dan mengharumkan nama malaysia di seluruh dunia. MSC telah meletakkan
malaysia di hadapan setanding dengan negara maju yang lain dari sudut sains
dan teknologi.
Penggunaan teknologi maklumat memainkan peranan yang penting di alaf baru
ini. Perhubungan dan pertukaran maklumat begitu cepat dan pantas. Dunia
telah menjadi seperti sebuah kampung yang sempit kerana kecangihan teknologi
masa kini.
Tidak dapat disangkalkan lagi dewasa ini, penggunaan teknologi maklumat
amat penting di dalam bidang pendidikan di alaf ke 21 ini. Ini kerana kebaikan
dan kepantasan di dalam mencari dan mendapatkan maklumat bahan pembelajaran
begitu cepat dan murah.
Dengan wujudnya laman Web sekolah ini, diharap kita semua dapat berkomunikasi,
menukar pendapat dan berkongsi idea dengan institusi pendidikan, pertubuhan-pertubuhan
dan pendidik-pendidik di setiap pelusuk . Semoga langkah ini dapat dimanfaatkan
oleh para guru dan murid untuk mendapatkan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang terkini.
SEKIAN
TERIMA KASIH.