FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA - "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan
ke arah memperkembangkan bagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."