PROGRAM BUDI

“MEMBACA KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU
SKPSHK”

1.        LATAR BELAKANG

1.1   Projek BUDI ini wujud   memandangkan sebilangan besar para pelajar Sek. Keb Pg.Siti Hafsah kurang minat membaca.

1.2 Budaya membaca di kalangan warga sekolah dan masyarakat kurang diambil perhatian.

1.3 Pencapaian akedemik pelajar masih ditahap yang tidak memuaskan.


2.    RASIONAL

2.1  Dalam kajian dibuat oleh  pihak sekolah mendapati  tahap pembacaan para pelajar    amat rendah.

2.2  Menggunakan masa untuk  membaca dengan berfaedah  secara tidak langsung dapat  mengurangkan gejala sosial dalam bilik darjah.

2.3  Kemahiran membaca  dianggap sebagai kemahiran hidup yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi meningkatkan pencapaian  akedemik.

3.    MATLAMAT

Mewujudkan budaya membaca dikalangan warga sekolah dan melahirkan pelajar cemerlang dari sudut rohani dan jasmani melalui budaya membaca sebagai amalan hidup
 

4.    OBJEKTIF

4.1  Memupuk budaya membaca di  peringkat awal lagi.
4.2  Menanamkan minat membaca di kalangan warga sekolah dan masyarakat.
4.3  Amalan membaca sebagai satu jambatan ilmu.
4.4  Melahirkan pelajar yang  berfikiran kritis dan kreatif.
4.5  Meningkatkan akademik pelajar.

5.     SASARAN

5.1  Semua warga  sekolah(Pelajar,guru-guru dan KTBM).

5.2  Ibu Bapa /Penjaga murid dan masyarakat setempat.

6.    STRATEGI PELAKSANAAN

6.1  Menaikkan taraf Pusat Sumber Sekolah.
6.2  Memberi taklimat pelaksanaan
6.3  Membentuk AJK peringkat  sekolah(sila lihat lampiran)
6.4  Memaklumkan kepada semua ibu bapa.
6.5  Pra- Penilaian.
6.6  Pelaksanaan.
6.7  Mengadakan kursus /bengkel.
6.8  Penilaian.
6.9  Rumusan /laporan (Setiap akhir tahun).

7.     NAMA PROJEK BUDI

7.1    Projek ini telah mula  dilaksanakan di sekolah pada 21 April 1998 mulai jam 07.15 hingga 07.30 pagi.

Definisi BUDI
B ..…..…….Baca
U ...……….Untuk
D ...……….Dunia
I …...…….Ilmiah
              (Ilmu Dunia dan Akhirat)

7.2    TAKRIF B.U.D.I SECARAMENYELURUH
 

B…..Baca

Sejajar dengan ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di gua Hira’ Surah Al-Alaq

Yang bermaksud:
Bacalah dengan TUHAN kamu.Yang menjadikan manusia dari seketuk darah.Berapa canggih pun dunia maklumat hari ini insan sejagat mesti menguasai kemahiran membaca.

U…..Untuk
Ditujukan kepada manusia sejagat untuk menguasai ilmu tanpa mengira statusnya(spt. Tua,muda,miskin kaya dan dsbnya.)
Sabda Nabi S.A.W
“Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad”

D…..Dunia
Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan satu cabaran bagi manusia sejagat
-Pastinya ada kalah dan ada yang menang.
Sabda Nabi S.A.W
“Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu”
:sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu”
“Sesiapa yang mahu kedua-duanya hendaklah berilmu”

I….Ilmiah
Sejajar dengan  FPN untuk melahirkan insan yang seimbang bagi duniawi dan ukhrawi
sabda nabi S.A.W
“Menuntut ilmu wajib ke atas orang-orang muslim dan muslimat”

8.    PELAKSANAAN

8.1      FASA 1:

AKTIVITI ( Cara Pelaksanaan )

a. Siren akan dibunyikan oleh guru  bertugas tepat pada jam 07.15 pagi.

b. Semua warga sekolah akan pergi ke sudut bacaan dan zon bacaan.(melibatkan semua murid dan guru sahaja)

c. Proses pembacaan berjalan selama 10 minit hingga 7.30 pagi.

d. Guru membaca bersama murid di sudut/zon bacaan yang telah ditetapkan.

e. Bagi Tahap Satu guru bertindak  sebagai pembimbing kepada murid.

f. Murid-murid yang lewat  sampai(selepas 7.15 pagi) akan ditahan di depan pintu pagar utama sekolah dan diarah membaca seperti rakan-rakan lain di depan pintu sebagai dendaan secara BUDI

g. Pengawas sekolah ditugaskan secara bergilir setiap hari di depan pintu sekolah.

h. Siren kedua dibunyikan pada 07.30 pagi menandakan berakhirnya masa untuk membaca.

9.    PELAKSANAAN

9.1  FASA 11

a.  Program bermula 07.10 hingga 07.30 pagi.

b.  Murid Tahap Satu yang belum menguasai kemahiran membaca  (sukukata/petikan)akan diasingkan dan pergi ke zon bacaan yang
ditetapkan.

c. Melibatkan murid,guru ibu bapa/penjaga murid dan   masyarakat.

AKTIVITI  PROGRAM ( Cara Pelaksanaan)

i.     Program dipandu oleh DJ daripada kalangan pelajar terpilih secara bergilir-gilir setiap hari.

 ii.    Siren dibunyikan oleh DJ pada 07.10 dan semua warga sekolah akan menuju ke sudut dan zon bacaan.

 iii.    Setelah warga sekolah  berada di sudut dan zon bacaan ,DOA akan dibacakan oleh DJ bertugas.

iv.    Ibu bapa/penjaga murid,masyarakat dan pengusaha kantin yang berada di kawasan sekolah waktu itu juga akan membaca di zon bacaan.

v.    Program Budi bermula selepas 10  minit dengan iringan muzik sentimental(perlahan)dikelolakan  oleh DJ melalui Radio Sekolah.

vi.    Selepas 10 minit Dj akan membunyikan siren menandakan program Budi pada hari itu tamat.

GANJARAN

Anugerah pembaca akan diberikan dalam program Fasa 11
 

10.2     KEKANGAN PROGRAM

10.2.1-    Sebelum Program dilaksanakan

a. Sebilangan murid (50 %) datang lewat.-30% hadir di antara jam 07.20 hingga 07.30 pagi.
b. Sebilangan besar murid kurang minat membaca,
c. Sebilangan besar murid tidak membuat sebarang aktiviti semasa ketiadaan guru di dalam bilik darjah.
d. Murid tidak mempunyai bahan bacan di  rumah.

10.2.2 Kesan Pelaksanaan Program

(Selepas 2 bulan 14 hari) sehingga 10 julai,1998

a.    Minat murid terhadap membaca dapat ditingkatkan kepada 50% daripada 30%.

b.    Kehadiran murid ke sekolah lebih awal daripada sebelumnya.

c.    Murid lebih berminat untuk meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah.

d.    Semasa ketiadaan guru di kelas murid ebih kerap pergi ke sudut -sudut bacaan yang disediakan.

e.    Dapat  mengurangkan kebisingan di dalam kelas.


[Lokasi Sekolah]  [Sejarah Sekolah]  [Perutusan]  [Organisasi]  [Ko-Kurikulum]  [Kaunseling]
[ Pusat Sumber] [Ruangan Guru]  [Program Khas]  [Program BE]  [ Hasil Pelajar] [ Link Pilihan ]


[KE LAMAN UTAMA]