TAJUK  : KEM MOTIVASI TAHUN ENAM

 

Pendahuluan

 

Kem Motavasi Tahun Enam merupakan program tahunan yang bukan sahaja dijalankan oleh sekolah ini, malahan semua sekolah terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini telah dirangka dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan. Sebenarnya, walaupun program ini amat singkat daripada segi pelaksanaannya, namun  program ini membawa kesan besar kepada kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu/ belajar demi masa hadapan mereka. Program ini banyak menyumbang dengan menyuntik semangat  belajar para pelajar untuk lulus dalam UPSR. 

 

Matlamat

 

Matalamat  sebenar program Kem Motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai pelajar di samping meniupkan  semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

 

Rasional/ Objektif

 

Antara  rasional/ objektif bagi program ini ialah:-

 

  1. Membimbing dan menyedarkan pelajar  tentang tangungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahun.

  2. Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.

 

  1. Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan  emosi pelajar untuk  menghadapi UPSR .

 

Sasaran

 

Semua pelajar Tahun Enam

 

Tahun Enam Bestari       = 33 orang

Tahun Enam Intelek       = 32 orang

 

Jumlah peserta              = 65 orang

 

Ahli Jawatankuasa

 

Satu mesyuarat atau perjumpaan bersama guru akan diadakan untuk mewujudkan jawatankuasa kerja untuk menjayakan program ini. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan adalah seperti berikut:-

 

  1. Pengerusi
  2. Tim. Pengerusi
  3. Setiausaha
  4. Tim. Setiausaha
  5. Bendahari
  6. Pendaftaran Peserta
  7. Keselamatan
  8. Pengangkutan
  9. Fasilitator Ceramah  (setiap sesi)
  10. Makanan Dan Minuman
  11. Peralatan
  12. Buku Aturcara
  13. Malam Penghayatan
  14. Perasmian

( tambahan jawatankuasa kecil dibuat jika difikirkan perlu )

 

Tenaga Penceramah.

 

Tajuk dan penceramah akan diserahkan kepada 4 panitia berkaitan  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains KBSR. Terserahlah kepada setiap panitia untuk memilih tajuk dan menjemput penceramah yang mereka rasakan sesuai dengan matlamat program.

 

Tempoh masa

 

Kem Motivasi ini  akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. Bermula pada hari Jumaat 2.30 petang sebagai masa pendaftaran dan berakhir pada hari Ahad 4.30 sebagai penutupan.

 

Jumaat - 2.30 petang - pendaftaran peserta

Ahad     -4.30 petang – Penutupan

( jadual akan ditetapkan dalam mesyuarat yang akan diadakan )

 
Perbelanjaan/ Peruntukan Kewangan

 

Akan diputuskan melalui mesyuarat. Setiap ahli jawatankuasa yang dibentuk perlu mengemukakan satu kertas perbelenjaan ringkas untuk dipertimbngkan.

 

 

Penutupan

 

Semoga dengan melaksanakan  program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang bukan sahaja di peringkat Jabatan Pendidikan W.P. Labuan,  malah lebih jauh daripada itu.

 

Sekian, terima kasih.

 

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 

Disediakan oleh

 

 

 

 

( IMBRAN HJ YUNUS )

 Penolong Kanan Kurikulum.

 

 

Salinan Kepada : 1.       Pengarah Pendidikan

                                     Jabatan Pendidikan

                                     Wilayah Persekutuan Labuan.

 

                            2      Fail Kurikulum