Muzik Tradisional

JENIS ALAT MUZIK TRADISIONAL

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.

Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;

Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)

Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog).

 

GONG

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.

Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

 

BUNGKAU

Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.

Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).

Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

 

SOMPOTON (Erofon)

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.

Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah.

Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum Kadazandusun.

 

TOGUNGGAK (idiofon)

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

 

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

 

KULINTANGAN (Idiofon)

Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan.

Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional.

Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.

Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.