Album Sekolah
Mula beroperasi pada 3 Januari 2000 yang diusahakan oleh Tuan Dr. Yassin Hj. Amit, Pegawai Pendidikan Bahagian Sandakan. Sekolah ini menggunakan sempena nama Kampung Bahagia yang merupakan salah satu kampung yang asalnya menempatkan pelarian Filipina dalam program UNICEF.
Bangunan yang digunakan semasa pembukaan sekolah ini merupakan bangunan lama (kayu sepenuhnya) dan pernah digunakan untuk program pendidikan UNICEF dengan status menumpang sepenuhnya di SK. Gas. Kewujudan sekolah ini difikirkan perlu bagi mengisi dan menampung keperluan pengisiaan pendidikan dikalangan penduduk di kawasan berkenaan.
Di awal penubuhannya sekolah ini terdiri daripada 2 buah kelas tahun 1 dengan bilangan guru seramai 5 orang. En. Hassan Hj. Taris, Guru Besar (2000-2004) pada masa tersebut telah mengembelingkan seluruh tenaga kakitangan yang ada untuk menjadikan sekolah ini dikenali dan setara dengan sekolah lain.
Dengan berkat usaha yang berterusan dibawah pimpinan En. Michael Ubin @ Azmi (2004 hingga kini). Nama SK. Kg. Bahagia terus berkembang dan semangkin dikenali di kalangan warga pendidik di daerah Sandakan serta berjaya melahirkan beberapa orang murid yang turut mewakili daerah Sandakan dan negeri Sabah dalam bidang Kokurikulum.