Laman Utama SK. Kg. Bahagia, Sandakan

Cari

Go to content

Aluan GB

Assalamualaikum W.B.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik di negara ini.

"Pembestarian Sekolah Pemangkin Kegemilangan" tema hari guru tahun ini amat bersesuaian dengan zaman globalisasi kini. Amat penting bagi setiap sekolah memiliki laman webnya sendiri dewasa ini bagi mempelbagaikan lagi serta memudahkan lagi urusan berkomunikasi melalui media-media elektronik yang semankin canggih. Penggunaan komputer secara meluas dalam instutusi pelajaran merupakan salah satu cara untuk membestarikan sesebuah sekolah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan sekolah-sekolah di Malaysia bertaraf "Bestari" menjelang 2010 terlaksana.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Pejabat Pelajaran Gabungan Sandakan kerana telah berusaha untuk melatih guru-guru besar cara membina laman web sekolah masing-masing bagi dilancarkan sempena hari guru pada tahun ini. Terima kasih juga kepada guru-guru saya yang telah membantu dalam merealisasikan projek ini.

Sekian, terima kasih.

"Berilmu Berakhlak Cemerlang"

Guru Besar,
SK. Kg. Bahagia.


Laman Utama | Aluan GB | Album Sekolah | Organisasi | Bahan Sokongan | Aktiviti / Galeri | Hubungi Kami | Site Map


Back to content | Back to main menu