link_1
link_3
link_4
link_5
Webmaster:
skbbbs@yahoo.com
 

 


 
 
 
Info Sekolah

KONSEP SEKOLAH

Sekolah ini berkonsepkan pemusatan murid dari beberapa buah sekolah yang terletak di beberapa pulau yang berhampiran dengan Pulau Bum-Bum iaitu SK Pulau Larapan, SK Pulau Selakan, SK Pulau Denawan, SK Pulau Menampilik dan SK Pulau Omadal. Murid- murid yang dipusatkan terdiri dari mereka yang berada ditahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Walaupun murid-murid dari sekolah-sekolah yang dipusatkan belajar dan tinggal di asrama sekolah ini, namun hanya aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum sahaja yang dipelajari. Aspek-aspek lain seperti bantuan, peperiksaan awam, skim pinjaman buku teks masih lagi dikelolakan di sekolah asal. Pendek kata mereka hanya tumpang belajar dan tinggal sahaja di sekolah ini.

SEJARAH SEKOLAH

Pencapain prestasi rendah dalam UPSR dan peperiksaan Awam yang lain bagi daerah Semporna telah menjadi perbincangan hangat dikalangan masyarakat setempat bahkan peringkat negeri dan menjadi isu di Parlimen sehingga menjadi bahan perbincangan khusus Ahli Parlimen Semporna, YB. Datuk Hj. Mohd. Shaffie b. Hj. Apdal dengan Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohammad. Pencapaian 0% juga menjadi punca utama yang ketara membawa pengujudan Sekolah Berpusat Bum-Bum. Sebahagian kecil sekolah terpencil mencapai 0% dalam UPSR. Gambarannya jelas sekolah-sekolah terpencil di kepulauan daerah Semporna masih tidak menguasai 3M. Ada alasan punca pencapaian rendah ini kerana keadaan fizikal sekolah-sekolah terpencil yang serba daif tanpa kemudahan yang sepatutnya. Mulanya idea penubuhan sekolah berpusat diilhamkan oleh Encik Binit b. Taib, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna ketika itu dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Hasbullah Hj. Taha. Hasrat penubuhan sekolah jenis berpusat ini dikuatkan lagi dengan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah terpencil dimana ramai guru yang enggan berkhidmat di sekolah-sekolah terpencil kerana perhubungan jauh dan masalah ketidak selesaan di sekolah-sekolah berkenaan. Penyediaan dana untuk melengkapkan sekolah-sekolah pulau terpencil terlalu banyak diperlukan berbanding membina sebuah sekolah yang lengkap dengan peralatan moden sesuai dengan keperluan semasa. Pada penghujung 2003, sekolah ini telah siap dibina sepenuhnya dan 5 Januari 2004, sekolah ini telah dioperasikan setelah kedatangan Tuan Haji Mohd Shah Haji Hassan (DGA 4) dan beliau merupakan guru besar yang pertama bagi SK Berpusat Bum-Bum ini. Beliau juga merupakan mantan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Semporna pada masa itu. Dengan tenaga pengajar seramai 20 orang dan dibantu oleh 5 orang KTBM serta murid seramai 262 orang, sekolah ini telah dioperasikan seperti sekolah-sekolah yang lain di seluruh Malaysia. Pada 25 Januari 2005, seramai 187 orang murid dari sekolah yang dipusatkan telah mendaftar dan merupakan penghuni asrama yang sulung. Kini, dengan bertambahnya bilangan murid, bilangan guru juga turut bertambah bagi mengimbangi keperluan semasa, iaitu seramai 32 orang dengan bilangan murid seramai 449 orang.

LENCANA SEKOLAH

- WARNA KUNING DALAM BULATAN MELAMBANGKAN NEGARA KITA YANG BERAJA

-WARNA MERAH MEMBENTUK 4 SEGI MELAMBANGKAN KEMEGAHAN SEKOLAH DALAM MENUNTUT ILMU/SEMANGAT KEBERANIAN.

- BULAN DAN BINTANG/WARNA KUNING MELAMBANGKAN AGAMA ISLAM.

- TANGAN YANG MENADAH SEGULUNG IZAJAH MELAMBANGKAN CITA-CITA KITA MENGEJAR ILMU

- BUKU YANG BERWARNA KUNING MELAMBANGKAN GEDUNG ILMU

- TIGA SERANGKAI WARNA HIJAU MELAMBANGKAN MOTTO SEKOLAH YANG BERBUNYI “BERILMU BERAMAL BERBAKTI.

BENDERA SEKOLAH

WARNA : MERAH - SEMANGAT

KUNING - ISLAM

BIRU - PERPADUAN

HIJAU - HARMONIS

PUTIH - KESUCIAN

5 RUANG UTAMA - 5 BUAH SEKOLAH DIGABUNGKAN

JALUR: 4 JALUR - EMPAT BUAH SEKOLAH DITAMBAH

JALUR 1 - SEMANGAT/KEMEGAHAN MENUNTUT ILMU

2 JALUR LURUS (2 & 3) - MELAMBANGKAN NEGARA BERAJA JALUR

4 - KECINTAAN KEPADA ALAM

BENTUK : SEGI EMPAT - PERPADUAN KAUM

TRAPEZIUM - PENYULUH ILMU

ROMBUS - PUSAT MENYIMPAN KHAZANAH ILMU