: Visi       : Lagu       : Logo       : Sejarah       : Organisasi       : Hubung      
 

 

 

: Utama

: Perutusan
: Info
: Maklumat

: Pencapaian
: Aktiviti
: e-Berita
 

 

: Laman e-Belajar
: Tutor
: ZOOM-A
: Web Sekolah

: Score A

 

 

: Berita Harian
: Utusan Malaysia
: Harian Metro
: Malaysia Kini

 

 

: PutraNet
: Ittutor
: BijakNet
: Web Sekolah

: Bestari
: Cikgu.Net

: PSPN Sabah

: Sabah.Net

Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan pendidikan Sabah

Pusat Perkembangan Kurikulum

 

 


 

HAKCIPTA ANIB 2006

Rekaletak oleh Webmaster

 

 Alamat :

Sek. Keb. Sungai Anib 2

WDT 23,

Jalan Sim Sim

90000 Sandakan

Sabah

 

Emel :

WEBMASTER

 

No. Tel :

089-272104

 

No. Fax :

089-272104

 

Resolusi Paparan

800 x 600

 

Penafian

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan berpunca daripada penggunaan di laman web ini.

 

 

 

 

Google

Sejarah Sekolah

Sekolah Sungai Anib, merupakan sebuah sekolah yang berhampiran dengan bandar Sandakan di mana perjalanan dari Bandar Sandakan ke sekolah ini hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.

Menurut kajian sejarah oleh Pegawai Pendidikan Sandakan (1977), Encik Asli Luttah mengatakan terdapat sebatang anak sungai di tapak pembinaan sekolah ini, yang mana sungai tersebut adalah tempat persembunyian orang-orang kampung yang berdekatan apabila mereka diserang oleh lanun. Dalam bahasa suluk, sungai tempat persembunyian ini dipanggil ‘Menganib’. Dengan itu setelah pembinaan sekolah ini siap lalu diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Anib.

Sekolah Kebangsaan Sungai Anib merupakan projek Jabatan Pendidikan (Pelajaran) bagi tahun 1970. Sekolah ini telah disiapkan pada awal tahun 1972 dan mula digunakan dengan hanya mempunyai 2 bilik darjah dan sebuah bilik pejabat guru besar serta murid-muridnya pada ketika itu hanya seramai 74 orang dan 3 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1974, guru-guru sekolah ini dan ibu bapa melalui PIBG telah berbincang bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah bagi menampung keperluan murid-murid untuk belajar. Hasil perbincangan itu, pihak Jabatan Pendidikan Daerah telah bersetuju menumpangkan sebahagian daripada murid-murid di sekolah ini di SRK. Cheng Min. 

Pada masa itu bilangan murid di sekolah ini seramai 1,101 orang dan 36 orang tenaga pengajar. Pada tahun 1979, sekolah ini telah mempunyai bangunan konkrit 3 tingkat yang mempunyai 12 bilik darjah, 6 bilik stor, 2 bilik tandas dan sebuah bilik klinik, dengan itu semua murid yang telah ditumpangkan di SRK Cheng Min telah disatukan di sekolah ini.

Sekolah Kebangsaan Sungai Anib mengalami pertambahan bilangan murid setiap tahun disebabkan oleh keadaan sekeliling sekolah, dimana kebanyakan murid sekolah ini datangnya dari sekitar kawasan sekolah iaitu kawasan Kampung Forest, Kampung Muhibbah, Kampung BDC, Komplek Polis dan lain-lain.

Pada tahun 1988, bilangan murid sekolah ini ialah seramai 2,166 orang dan mempunyai 72 orang tenaga pengajar (sidang pagi dan sidang petang). Pada tahun berikutnya 1989, bilangan murid semakin bertambah dan untuk menampung bilangan ini maka Jabatan Pendidikan Sabah telah membuat projek membina 2 bangunan kayu yang mempunyai 10 bilik darjah.

Semenjak tahun 1989, bilangan murid sekolah ini semakin bertambah sehinggalah pada tahun 1991 angkanya meningkat kepada 2,737 orang murid dan 92 orang tenaga pengajar. Oleh kerana bilangan yang begitu ramai maka pihak Jabatan Pendidikan Sabah mengambil inisiatif dengan membahagikan Sekolah Kebangsaan Sungai Anib kepada 2 pentadbiran yang berasingan. Nama sekolah juga telah diubah kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1 dan Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.

Walaupun telah dibahagikan kepada dua pentadbiran, kedua-dua sekolah ini masih menggunakan bangunan yang sama. Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1 sidang pagi dan Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 sidang petang. Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, mula menjalankan pentadbirannya sendiri pada bulan Jun 1991 dengan jumlah murid seramai 1,309 orang dan 43 orang tenaga pengajar dan Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 juga menjalankan sesi pagi dan petang pada tahun 1998.