PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru telah dibina pada tahun 1942, dikenali sebagai Government Primary School Tanjung Aru. Pembinaan ini diasaskan oleh Kerajaan British yang pada waktu itu memerintah negeri Sabah. Penubuhan sekolah ini adalah atas kemahuan dan permintaan penduduk/ibubapa di sekitar Pekan Tanjung Aru.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru memiliki keunikannya yang tersendiri. Selain merupakan antara sekolah yang tertua di Daerah Kota Kinabalu, penempatan blok bangunan sekolah ini terbahagi kepada dua (2) kawasan utama. Kedua-dua kawasan bangunan ini dipisahkan oleh padang sekolah. Wujudnya pembinaan bangunan yang terpisah adalah disebabkan pada asalnya sekolah ini dua buah sekolah yang berlainan pentadbiran. Bahasa penggantarnya juga berbeza iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Blok bangunan yang pertama dibina pada tahun 1942 dikenali sebagai Government Primary School Tanjung Aru dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.
Pada tahun 1954 dibina blok banguan yang kedua bersebelahan padang sekolah. Bangunan ini siap untuk digunakan setahun kemudian – 1955. Blok bangunan ini dikenali dengan nama Government Primary English School Tanjung Aru (G.P.E.S), menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Mulai tahun 1970, Government Primary English School Tanjung Aru telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk Darjah Satu. Menjelang tahun 1976 kedua-dua blok ini telah bergabung dan menggunkan Bahsa Melayu sebagai bahasa pengantar. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Aru.
Pada 20hb Feb 1995 sekali lagi Sekolah Tanjung Aru dipecahkan kepada dua (2) buah sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru Satu dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2.
Pada peringkat awal pembukaan Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru bilangan guru, murid dan kelas tidak begitu ramai. Peningkatan yang ketara hanya dicapai selepas tahun 1970 dan tahun-tahun berikutnya.
CARTA BILANGAN
GURU, MURID DAN KELAS
PADA TAHUN
1970, 1980, 1990 DAN 2000
TAHUN
1970
1980
1990
2000
GURU
17 ORANG 32
ORANG 60 ORANG
75 ORANG
MURID
406 ORANG 1001 ORANG
1839 ORANG 1208 ORANG
KELAS
6
13
42
42
|
[ke Menu Utama] |