![]() |
Selamat sejahtera dan jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi melayari halaman web sekolah kami. Diharapkan dengan kewujudan laman web ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Dalam era teknologi maklumat sekarang, kita seharusnya bergerak seiring dengan kemajuan masa kini. Abad ke 20 telah menjelma, kita akan ketinggalan jika terus berada ditakuk lama dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya berasa bangga dengan pembinaan laman web ini. Ini merupakan satu usaha pihak sekolah dalam menjayakan sistem pendidikan bertaraf dunia. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah dan ringan. Ia memerlukan perancangan yang rapi bermula dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam era alaf baru ini, dunia internet makin diminati dan menjadi suatu keperluan oleh semua lapisan masyarakat bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan.
Dengan peningkatan pencapaian peperiksaan UPSR setiap tahun, jadi tidak hairanlah guru-guru juga perlu maju ke hadapan seiring dengan era dunia alaf baru yang memerlukan sikap kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam meningkatkan pencapaian. Pendidikan mengenai internet dan multimedia ini perlu juga diterapkan kepada murid-murid bagi memperkembangkan minda mereka dan bersedia menghadapi cabaran mendatang.
Akhir sekali, diharapkan warga sekolah ini akan terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik dan menaikkan lagi imej sekolah ini, disamping menjadikan murid-murid sebagai anak bangsa yang mempunyai jati diri, berilmu, berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai persediaan diri menjadi pemimpin generasi akan datang.
Sekian, terima kasih.
" BERSAMA MAJU DI ALAF BARU "
Saya yang ikhlas,
(JULIUS MOJULIN)
Guru Besar
Sek. Keb. Tanjung Aru Satu
|
[ke Menu Utama] |