keluar
|
|
|
|
KP8591/Jld.VIII(9) |
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1995 :
MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH
Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggiperatus penglibatan di kalangan pelajar. Hastar Kementerian Pendidikan ke arah `Zero Defect' dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera.
|
2. |
Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang
menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan
ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan
negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah.
Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat
bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri
mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif. |
||||||||||
|
3. |
Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar
melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar
sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk menanganinya.
Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi tumpuan kepada faktor di
dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut
perlu dilakukan. |
||||||||||
|
4. |
Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua
Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru
mengenai tindkan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku
ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian
Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Bku Panduan
Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan
dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya
masalah ponteng. |
||||||||||
|
5. |
Seterusnya, bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di
kalangan pelajar, langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan: |
||||||||||
|
|
|
6. Kandungan surat pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
|
s.k. |
1. |
Y. B. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak |
|
|
2. |
Y. B. Datuk Khalid b. Yunus |
|
|
3. |
Y. B. Datuk Dr Fong Chan Onn |
|
|
4. |
Ketua Setiausaha |
|
|
5. |
Timbalan Ketua Setiausaha I |
|
|
6. |
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I |
|
|
7. |
Timbalan Ketua Setiausaha II |
|
|
8. |
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II |
|
|
9. |
Semua Ketua Bahagian |
|
|
10. |
Pegawai Perhubungan Awam |