|
Perutusan Organisasi Lokasi Sejarah Ko-Kurikulum Kaunseling Pusat Sumber |
PENDAHULUAN
Pendidikan Agama Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal
dan yakin kepada Kitab Suci Al-Quran, serta
tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan
ketakwaan.
Menyedari hakikat ini, maka adalah
wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam
mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar
dengan baik dan tersusun. Guru-guru
Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi
fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke
semasa.
Oleh yang demikian guru-guru
Pendidikan Islam berpeluang untuk
menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panatia Pendidikan Agama
Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga
masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar
pelajar-pelajar.
1. Panitia Pendidikan Islam adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai
oleh semua guru
yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan guru-guru beragama Islam.
2.
Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua
Panatia oleh Guru Besar.
3. Ketua Panatia Pendidikan Agama Islam secara
otomatik akan menjadi ahli-ahli
Jawatan kuasa Kurikulum
Sekolah dan akan mewakili panatia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung
diantara ahli panatia dengan Guru Besar.
4.
Keputusan-keputusan
yang diambil oleh panatia dalam perjumpaan berhubung dengan
isu-isu
atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panatia
kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk
mendapat penyelesaian atau untuk makluman.
.
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal
pasti untuk Panatia Pendidikan Agama Islam bagi pencapaian matlamtnya :
1.
Memperbaiki
dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2.
Berikhtiar
dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar terhadap
Pembelajaran.
3.
Memperbaiki
prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada
sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam
rancangan akademik sekolah.
4.
Mewujudkan
semangat bekerja sama di antara Panatia Pendidikan Agama Islam
dengan
Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.
OBJEKTIF
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
1. Melahirkan seorang pelajar yang boleh membaca
al-Quran, memahami, mengamali dan
menghayati ajaran al-Quran.
2.
Seorang
pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.
3.
Seorang
yang dapat menunaikan sembahyang setiap waktu.
4. Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam yang
betul.
5. Seorang pelajar yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam
pergaulan dan
perhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat.
6. Seorang pelajar
yang cemerlang dari segi pemikiran dan ilmunya.
7.
Seorang pelajar yang dapat membentuk diri
sebagai insan yang soleh dan bertakwa.
8. Seorang pelajar yang
berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membenci kepada
kemungkaran.
9.
Seorang pelajar yang sentiasa bersyukur, kuat
cita-cita dan sentiasa berfikir untuk
kebaikan.
10.
Seorang
pelajar yang cintakan Allah dan Rasul.
1.
Memahami
kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam (HSP) setiap tahun.
2.
Memastikan
perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.
3.
Menyediakan
takwim panatia dan melaksanakan perancangannya.
4.
Membuat
sasaran peratusan kelulusan.
5.
Menyemak
draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah
berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.
6.
Menganalisa
keputusan selepas peperiksaan.
7.
Mempengerusikan
mesyuarat panatia.
8.
Mengetuai
perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.
9.
Membuat
pemantauan dari masa ke semasa atau
bila diperlukan.
10.
Melaksanakan
projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar
serta prestasi panatia.
1.
Mengendalikan
kewangan panatia.
2.
Merekodkan
dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panatia.
3.
Menyediakan
penyata kewangan tahunan di akhir tahun.
4.
Melaporkan
kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan.
1.
Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang
dikendalikan oleh panatia.
2.
Melibatkan diri dengan aktif dalam semua
aktiviti yang dirancangkan oleh panatia dan Persatuan Agama Islam.
3.
Menyediakan
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh
Panatia.
4.
Mengetahuai perubahan dalam Huraian Sukatan
Pelajaran dari masa ke semasa.
5.
Menyediakan draf soalan ujian atau
peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panatia
Sebelum menyediakan kertas
soalan.
6.
Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian
masing-masing.
7.
Merekodkan merkah-markah ujian bulanan , ujian pertengahan semester dan
Peperiksaan.
8.
Memberikan markah peperiksaan kepada guru
darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.
9.
Memeriksa
buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.
10.
Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di
semua peringkat (sekolah, daerah,
Bahagian atau negeri) bila diwajibkan.
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu
dilaksanakan oleh panatia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan
ikhtisas.
1.
Memperolehi
sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli
Panatia.
2.
Menyelaraskan
penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun.
3. Memilih
dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja untuk digunakan
oleh murid-murid berdasarkan kepada
kesesuaian buku itu dari segi kehendah Huraian
Sukatan Pelajaran dan tahap kebolehan
mereka.
4. Memilih dan mencadangkan buku-buku
rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan
yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran
para guru dan murid untuk
dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
5.
Menyelaraskan
soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi tiap-tiap tahun serta
menubuhkan Bank Soalan.
6.
Mengkaji
dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dan mengambil
langkah
–langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
7.
Mengadakan
mesyuarat panatia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal
dan
perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad hoc’ bila diperlukan.
8.
Mengatur
perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panatia (secara formal atau tidak
for
mal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang
berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar
serta
mencari
jalan penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.
9.
Mewujudkan
semangat saling bekerjasama dengan persatuan dan menjalinkan hubungan
kerja
yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
10.
Bekerja
sama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panatia-
panatia
di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM SK. PG. SITI HAFSAH KARAMBUNAI,KK.
BIL
|
PERKARA
|
UJIAN
PENGGGAL 1 |
PEPERIKSAAN PENGGGAL 1 |
UJIAN PENGGGAL 2 |
PEPERIKSAAN PENGGGAL 2 |
|
1. |
Penyediaan Draf Soalan |
11-14/3/2000 |
25/4-1/5/2000 |
2-7/8/2000 |
28/9-3/10/2000 |
|
2. |
Penyemakan Draf Soalan |
15-17/3/2000 |
1-2/5/2000 |
8-10/8/2000 |
4-9/10/2000 |
|
3. |
Penyediaan dan mencetak Soalan |
18-23/3/2000 |
3-9/5/2000 |
11-16/8/2000 |
10-17/10/2000 |
|
4. |
Soalan Siap Sedia |
24/3/2000 |
10/5/2000 |
17/8/2000 |
18/10/2000 |
|
5. |
Penilaian Diadakan |
28 - 31/3/2000 |
15-18/2000 |
21-23/8/2000 |
19-22/10/2000 |
|
6. |
Penyerahan Markah |
5/4/2000 |
25/5/2000 |
30/8/2000 |
30/10/2000 |
MAKLUMAN :
i- UJIAN
PERCUBAAN PTS : 22
OGOS 2000
ii- UJIAN PERCUBAAN
UPSR (1) : 30
JUN 2000
iii- UJIAN PERCUBAAN
UPSR (2) : 22-24 OGOS 2000
iv- PTS
: 12 SEPTEMBER 2000
v -
UPSR : 12, 13
DAN 14 SEPTEMBER 2000
PERANCANGAN AKTIVITI PANATIA
PENDIDIKAN ISLAM
SEPANJANG
TAHUN 2000
|
|
BULAN AKTIVITI |
J |
F |
M |
A |
M |
J |
J |
O |
S |
O |
N |
D |
TINDAKAN/ CATATAN |
|
01. |
Mesyuarat Panitia |
|
|
* |
|
|
* |
|
|
* |
|
|
|
|
|
02. |
Kelas Fardhu Ain |
|
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
|
|
|
03. |
Peghayatan Bulan Ramadhan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
04. |
Sambutan AidilFitri |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
05. |
Amali Solat / Solat
Berjemaah |
|
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
|
|
|
06. |
Sambutan Aidil Adha |
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
07. |
Pertandingan Menulis Khat |
|
|
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
|
|
|
08. |
Kelas Celik Al-Quran |
|
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
|
|
|
09. |
Pertandingan Azan |
|
|
|
|
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
|
10. |
Pertandingan Menghafaz
Al-Quran dan Tulisan Jawi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
11. |
Lawatan Sambil Belajar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
12. |
Minggu Pendidikan Islam dan
Moral. |
|
|
|
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
|
|
13. |
Sambutan Maulidur Rasul |
|
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
|
|
|
|
14. |
Sembahyang Hajat dan Doa
PTS/UPSR |
|
|
|
|
|
|
|
|
* |
|
|
|
|
|
15. |
Ujian Bulanan dan
Peperiksaan |
|
|
* |
|
* |
|
|
* |
|
* |
|
|
|
|
16. |
Aktiviti Budi ( 7.26 Pagi ) |
|
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
* |
|
|
CARTA ORGANISASI

BENDAHARI CIK KAMILAH ABU![]()

AHLI JAWATANKUASA EN.MUDIN OSMAN EN. AG ROSLI AG DAMIT EN. MOHD NOR BRAHIM EN. AZUHAR AWG HAMAT CIK ADIZMAH AG MUMIN PN. NORMAH NASIP CIK NORMADINA SHABIR PN. JARMA ENDRA
EN. MUSA HJ. ABD. RAHMAN
PENCAPAIAN MARKAH PENDIDIKAN
AGAMA ISLAM
TAHUN
1999 SERTA TARGET 2000
|
TAHUN (KELAS) |
BIL. MURID LULUS |
BIL. MURID GAGAL |
PERATUS LULUS |
TARGET TAHUN 2000 |
TAHUN
1
|
|
|
77.4 |
|
|
TAHUN 2 |
|
|
|
|
|
TAHUN 3 |
|
|
|
|
|
TAHUN 4 |
|
|
82 |
|
|
TAHUN 5 |
|
|
73 |
|
|
TAHUN 6 |
|
|
100 |
|
|
KESELURUHAN |
|
|
|
|
PERATUS LULUS
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1999 DAN TERGET 2000

|
[ Perutusan ][ ][ Lokasi
Sekolah ][ Sejarah
Sekolah ][ Ko-Kurikulum ][ Kaunseling ][ Pusat Sumber ] |
![]()