|
Organisasi Lokasi Sejarah Ko-Kurikulum Kaunseling Pusat
Sumber |
PERUTUSAN GURU BESAR
|
MENCARI KEBAHAGIAN ITU SUATU YANG SUKAR TETAPI, MEMBENTUK KEBAHAGIAN ADALAH TIDAK MUSTAHIL. |
|
EN. TAHIR HJ.ABD. LATIP
|
|
SELAMAT SEJAHTERA Negara kita sangat bertuah kerana diterajui oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berkalibar. Beliau telah membawa malaysia ke arah kemajuan yang begitu pesat sekali dan kejayaan demi kejayaan di mata dunia. Perlaksanaan MSC ( Multi Media Supercoridor ) sekali lagi telah menaik dan mengharumkan nama malaysia di seluruh dunia. MSC telah meletakkan malaysia di hadapan setanding dengan negara maju yang lain dari sudut sains dan teknologi. Penggunaan teknologi maklumat memainkan peranan yang penting di alaf baru ini. Perhubungan dan pertukaran maklumat begitu cepat dan pantas. Dunia telah menjadi seperti sebuah kampung yang sempit kerana kecangihan teknologi masa kini. Tidak dapat disangkalkan lagi dewasa ini, penggunaan teknologi maklumat amat penting di dalam bidang pendidikan di alaf ke 21 ini. Ini kerana kebaikan dan kepantasan di dalam mencari dan mendapatkan maklumat bahan pembelajaran begitu cepat dan murah.
Dengan wujudnya laman Web sekolah ini, diharap kita semua dapat
berkomunikasi, menukar pendapat dan berkongsi idea dengan institusi
pendidikan, pertubuhan-pertubuhan dan pendidik-pendidik di setiap pelusuk .
Semoga langkah ini dapat dimanfaatkan oleh para guru dan murid untuk
mendapatkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terkini.
SEKIAN TERIMA KASIH. |
![]()
|
[ Perutusan ][ ][ Lokasi Sekolah ][ Sejarah Sekolah ][ Ko-Kurikulum
][ Kaunseling ][ Pusat Sumber ] |