Keluar
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
|
Tel : 03-2586900 Fax : 03- 2535150 |
9 Mac 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1999 Penganjuran
Program Motivasi Di Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca barsama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1991: Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah.
2. Kementerian Pendidikan menghargai usaha serta inisiatif sekolah menganjurkan program motivasi untuk murid-murid. Usaha serta inisiatif sedemikian sememangnya digalakkan. Namun demikian penganjuran program-program tersebut didapati banyak menggunakan perkhidmatan. pakar dari luar. Penglibatan pakar dari luar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa dan penjaga. Di antara isu yang dipersoalkan ialah mengenai kadar bayaran yang dikenakan, latarbelakang, pengalaman dan kelayakan pemudahcara program serta jaminan keselamatan murid apabila program motivasi tersebut diadakan di luar kawasan sekolah.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan pihak pentadbir sekolah supaya sentiasa mengutamakan kepakaran yang terdapat di kalangan guru, sama ada guru -guru di sekolah sendiri, guru-guru dan sekolah lain atau dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, apabila menganjurkan program motivasi untuk murid-murid. Khidmat pakar dari luar dalam pengendalian program motivasi murid-murid hanya wajar jika benar-benar tidak terdapat kepakaran yang diperlukan dan kalangan guru-guru sekolah.
4. Dalam keadaan di mana sekolah terpaksa mendapatkan khidmat pakar dari kalangan bukan guru, pihak pentadbir sekolah hendaklah memberikan perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut.
i. Kadar bayaran yang dikenakan kepada murid-murid (jika ada) hendaklah munasabah dan tidak membebankan ibu bapa atau penjaga.
ii. Sebarang unsur paksaan tidak boleh dikenakan ke atas murid untuk menyertai program motivasi.
iii. Kandungan program dan kaedah penyampaiannya hendaklah bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kebolehan murid yang menyertai program itu.
iv. Penceramah dan Pemudahcara Program hendaklah mempunyai kelayakan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diceramahkan.
v. Keselamatan dan kebajikan murid hendaklah sentiasa diutamakan dan diawasi dengan teliti oleh pihak sekolah.
vl.. Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan untuk menjalankan program.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/Puan.
Sekian.
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia