DISIPLIN DAN HUKUMAN                                                                                                                                  

Keluar

 

 

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J,
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03 - 2556900
Fax : 03 - 2535150
Kawat : ``PELAJARAN"


 

KP(BS)8591/Jld.VIII(37)
3 September1996

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:4/1996 :
Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah


Saya ingin membawa kepada pengetahuan Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan bahawa ada sebilangan Pengetua dan Guru Besar, yang enggan atau lewat menjalankan kuasa disiplin di sekolah, khususnya dalam mengenakan hukuman kepada murid-murid yang terbukti bersalah melakukan kesalahan-kesalahan berat. Terdapat laporan di mana murid-murid yang bertindak seperti ``samseng" dibiarkan begitu sahaja sehingga murid-murid lain yang menjadi mangsa merasa teraniaya, tanpa pembelaan daripada Guru Besar dan Pengetua. Hal seperti ini boleh merosakkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru dan sekolah serta tidak membantu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik.

2.

Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid. Di dalam melaksanakan kuasa disiplin, undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, adil dan tegas. Hukuman hendaklah dikenakan supaya dapat memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang melakukan kesalahan itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi kesalahan ini, tetapi juga kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa.

3.

Sila tegaskan kandungan surat pekeliling ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Sekian.

``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

kembali ke atas