MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat sekolah adalah untuk memberi didikan
kepada pelajar di sekolah ini secara menyeluruh dan seimbang sebagai pendidikan
asas yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, bertanggungjawab,
taat setia, berdisiplin dan bersepadu. Dengan perincian di bawah ini diperkatakan
sebagai para pelajar:
-
dapat menguasai kemahiran asas Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dari segi aspek pertuturan,
pembacaan, dan penulisan. Para pelajar diharapkan agar dapat menguasai
bahasa sebagai bahasa rasmi negara kita dengan fasihnya.
-
dapat menguasai fakta asas Matematik.
-
dapat kemahiran membaca, menulis, memaham
dan bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Komunikasi
Global.
-
dapat membentuk sikap yang berakhlak
mulia, bersopan santun, dan menjadi insan yang soleh.
-
dapat memupuk semangat bertolak ansur,
bersatu padu, berkerjasama, dan menghormati hak asasi orang lain.
-
dapat menggunakan kemahiran-kemahiran
yang diperlajari atau diperolehi untuk mengembangkan bakat, minat, dan
daya kreatif serta kritis.
-
mempunyai pengetahuan, kefahaman, dan
kepekaan terhadap kaum pendidik dan alam sekitar.
-
dapat menghargai serta mencintai institusi
iaitu sekolah yang berkonsepkan "Rumahku Syurgaku".