SK Kayau terletak lebih kurang 22 km dari Pusat Bandar Papar. Sekolah ini adalah berstatus bantuan penuh kerajaan dalam kategori SKM (Sekolah Kurang Murid). Ia diasaskan pada tahun 1963 oleh seorang Ketua Kampung Kayau bernama KALIMPANG DALAI berbangsa kadazan. Dengan semangat kerjasama masyarakat kampung pada ketika itu terdirilah sebuah sekolah yang diperbuat daripada kayau beratapkan daun rumbia dan berlantaikan buluh. Pada tahun itulah datangnya seorang Guru Besar pertama yang bernama ENCIK SUIL MATINJAN.
Sekolah ini terletak di Kg. Kayau iaitu di pertengahan dua buah kampung iaitu Kg. Kambizaan dan Kg. Ulu Lingan dalam daerah Papar.
Murid-murid adalah terdiri daripada kaum Kadazandusun, Bajau, Berunai, Jawa, Bisaya, Banjar, Kedayan, Lundayoh dan lain-lain.
Sehingga kini sekolah telah menghasilkan beberapa orang murid yang telah berjaya seperti menjadi doktor, guru, pegawai kerajaan, dan peniaga.