FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
" Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
