![]() |
Dengan adanya Laman Web ini, Sekolah Kebangsaan Darau mula dikenali di seluruh Malaysia khasnya dan di serata dunia amnya melalui jaringan internet. Pihak Sekolah mengharapkan agar dengan adanya "Laman Web Sekolah Darau" ini, ianya mampu menarik minat para pelajar mendalami pengetahuan berhubung dengan Teknologi Maklumat melalui penubuhan "Kelab Komputer" yang telah dilaksanakan setahun yang lalu.
Pihak sekolah juga berharap agar Pusat Sumber Multimedia yang lengkap dengan komputer dan kemudahan teknologi Pendidikan lain dapat ditubuhkan di sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan semua guru dan murid sekolah ini.
Bagi menjayakan hasrat ini, pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan kepakaran, perkakasan, perisian serta kewangan daripada ibu bapa, para dermawan, tokoh-tokoh koprat malahan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Darau yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, derma dan sumbangan ikhlas anda kepada sekolah ini sangat diharapkan dan dihargai.Sampaikanlah dan hulurkanlah sumbangan ikhlas sebagai tanda sokongan dan rasa berterima kasih kerana tanpa pendidikan asas, kita tidak dapat melangkah lebih jauh ke hadapan.
Akhirkata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Laman Web Sekolah seterusnya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pembinaan "Laman Web Sekolah Kebangsaan Darau" ini. Saya mendoakan agar Sekolah Kebangsaan Darau akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa-masa akan datang.
LAWATILAH SELALU LAMAN WEB SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU.
Sekian, terima kasih.
|
[KE MENU] |