| Pada
tahun 1942, Jepun telah menyerang Asia dan pada 08/01/1942 Kota Kinabalu
tertawan dalam tangan Jepun. 0leh yang demikian, murid-murid terpaksa melarikan
diri mengikut keluarga demi keselamatan diri. Walau bagaimanapun, pada
tahun yang seterusnya keamanan telah kembali. Taur Fui Yin dan Tan Fu Chin
yang pada masa itu melarikan diri dari Sandakan ke Inanam telah membantu
memu1akan persekolahan semula. Sebahagian ibubapa telah menghantar semula
anak mereka ke sekolah. Pada tahun 1943, sekolah dibakar kerana Taur Fui
Yin dicurigai mempunyai hubungan dengan penyerang dan pengintip dan telah
dikenakan hukuman mati. Oleh yang demikian, persekolahan tergendala sementara.
Pada tahun
1946, Jepun telah menyerah kalah dan keadaan telah kembali aman.
Pada bulan September, En.Chong Chuen Cheng telah mengumpulkan semula ahli
jawatankuasa untuk memperbaiki dan membina semula sekolah yang telah terbiar
sekian lama. Dua buah bangunan sekolah sementara didirikan sebagai tempat
murid-murid bersekolah. Ahli jawatankuasa sekolah pada masa itu ialah En.
Lim Yiet Cheng, En. Tan Chen Yang, En. Lim Kim Sui, En. Voo Han Chu, En.
Chew Loong Kin, En. Chong Chu End, En. Chung Kok Leong, En. Voo Yiet Chai,
En. Tan Cho Fui, En. Liew San Chai dan lain-lain lagi. Guru Besar yang
pertama ialah En. Tan Fong Ku dan penolongnya ialah En. Tan Teck Fung dan
En. Tan Mui Taur. Jumlah murid pada masa itu adalah dalam lingkungan 80
orang.
Pada tahun
1948, En. Lim Yiet Cheng terpilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan
sekolah yang pertama dan mengupah En. Lu Kuan Luk untuk menguruskan sekolah.
Pada masa itu juga, secara rasminya sekolah telah didaftarkan. Pemindahan
hak milik tanah oleh En. Wong Seng Ki juga dilancarkan dari NT kepada CL
untuk kegunaan SRJK Yick Nam. |