Sejarah Sekolah - 3

Pada tahun 1950, En. Lu Kuan Luk telah meletak jawatan sebagai guru besar dan Lembaga pengurusan Sekolah telah memilih En. Ho Tien Voon untuk menggantikan tempatnya. Salah sebuah bangunan sekolah sementara telah tumbang maka murid-murid terpaksa menjadikan asrama mereka sebagai tempat belajar.

          Pada tahun seterusnya, Lembaga Pengurusan Sekolah telah melantik En. Lo Siow Che untuk menguruskan sekolah. Beliau te1ah berusaha dengan gigihnya seperti menjalankan aktiviti menjual bunga, menganjurkan malam hiburan dan sebagainya untuk mengutip kewangan bagi memperbaiki bangunan sekolah.  Pada bulan Jun tahun 1952, 2 buah bangunan papan sekolah yang pertama siap dibina. Pihak sekolah telah mengadakan majlis perasmian dengan meriah sekali serta mendapat sokongan dan sambutan yang begitu hangat dari orang ramai.

          Pada tahun 1953, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah melantik En. Wong Nam Kien sebagai guru besar dan buat pertama kalinya beliau telah mengadakan pembelajaran untuk murid tahun enam, namun pembelajaran ini terpaksa dihentikan pada tahun berikutnya kerana bilangan murid yang tidak mencukupi.

          Pada tahun 1957, En. Wong Nam Kien meletak jawatannya dan En. Tsen Kok Yik menggantikan tempatnya. Atas permintaan daripada pihak ibubapa dan orang ramai ke atas pembelajaran tahun 6, sekolah ini sekali lagi meneruskan pembelajaran tersebut namun peratusan kelulusan ujian tahun 6 adalah sederhana.

          Pada tahun 1961, En. Chong Kiet Yin, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah telah melantik En.Tan Si Chuan untuk mengurus sekolah bagi memperbaiki mutu pencapaian sekolah.  Bilangan peratusan ke1ulusan murid telah meningkat dari semasa ke semasa, nama sekolah juga turut meningkat.

          Pada tahun 1963, En. Voo Yiet Chai terpilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah. Beliau berusaha dengan penuh semangat untuk memperkembangkan sekolah melalui "Pesta Ria", yang dilancarkan menjelang setiap Tahun Baru Cina. Atas usaha beliau, maka projek membina bangunan sekolah yang kedua, ketiga dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

 

Back/Next

 

 

Laman Utama/ Maklumat Guru/ Maklumat Murid/Lembaga Pegurusan Sekolah /PIBG/

Sejarah Sekolah /Piagam Pelanggan/Gambar Sejarah/Kawasan Sekolah/Lagu Sekolah