|
Pada tahun 1942, Jepun telah menyerang Asia dan pada 08/01/1942 Kota
Kinabalu tertawan dalam tangan Jepun. 0leh yang demikian, murid-murid terpaksa
melarikan diri mengikut keluarga demi keselamatan diri. Walau bagaimanapun, pada
tahun yang seterusnya keamanan telah kembali. Taur Fui Yin dan Tan Fu Chin yang
pada masa itu melarikan diri dari Sandakan ke Inanam telah membantu memu1akan
persekolahan semula. Sebahagian ibubapa telah menghantar semula anak mereka ke
sekolah. Pada tahun 1943, sekolah dibakar kerana Taur Fui Yin dicurigai
mempunyai hubungan dengan penyerang dan pengintip dan telah dikenakan hukuman
mati. Oleh yang demikian, persekolahan tergendala sementara.
Pada tahun 1946, Jepun telah menyerah kalah dan keadaan telah
kembali aman. Pada bulan September, En.Chong Chuen Cheng telah mengumpulkan
semula ahli jawatankuasa untuk memperbaiki dan membina semula sekolah yang telah
terbiar sekian lama. Dua buah bangunan sekolah sementara didirikan sebagai
tempat murid-murid bersekolah. Ahli jawatankuasa sekolah pada masa itu ialah En.
Lim Yiet Cheng, En. Tan Chen Yang, En. Lim Kim Sui, En. Voo Han Chu, En. Chew
Loong Kin, En. Chong Chu End, En. Chung Kok Leong, En. Voo Yiet Chai, En. Tan
Cho Fui, En. Liew San Chai dan lain-lain lagi. Guru Besar yang pertama ialah En.
Tan Fong Ku dan penolongnya ialah En. Tan Teck Fung dan En. Tan Mui Taur. Jumlah
murid pada masa itu adalah dalam lingkungan 80 orang.
Pada tahun 1948, En. Lim Yiet Cheng terpilih sebagai Pengerusi
Lembaga Pengurusan sekolah yang pertama dan mengupah En. Lu Kuan Luk untuk
menguruskan sekolah. Pada masa itu juga, secara rasminya sekolah telah
didaftarkan. Pemindahan hak milik tanah oleh En. Wong Seng Ki juga dilancarkan
dari NT kepada CL untuk kegunaan SRJK Yick Nam.
|