Sejarah Sekolah - 1

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yick Nam ditubuhkan pada tahun 1929. Terletak kira-kira 200 meter dari pekan Inanam, sekolah ini telah mencapai usia 70 tahun. Walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang dokumen, rekod-rekod rasmi mahupun majalah sekolah yang mencatat sejarah pembinaan dan pentadbiran sekolah sejak ia ditubuhkan. Dengan bantuan bekas guru besar seperti En.Ng Swee Nyuk dan En. Wong Nam Kien, Pengerusi  Lembaga Pengurusan Sekolah En. Lim Nyet Chen dan bekas murid Lu Zi Chun, Soon Ho, Soon Ket dan lain-lain, maka dapatlah catatan sejarah ini disiapkan.  

En. Wong Swee Shim adalah pengasas sekolah ini dan merupakan orang yang pertama mendirikan sekolah swasta. Anak sulung belia, En. Wong Weng Yin menjadi tenaga pengajar. Pada mulanya sekolah ini terletak di kedai lama En. Ng Kim Sui. Jumlah murid pada masa itu ialah kira-kira 10 orang.

          Pada tahun 1932, En. Ng Swee Nyuk mengambil alih tugas sebagai guru besar dan memindahkan sekolah ke kedai lama En. Fu Ah Kiat. Pada tahun 1939, En. Ho Yick Che menjadi guru besar di samping menjadi guru Bahasa Inggeris. Pada masa itu jumlah murid telah meningkat lebih 30 orang dan kebanyakannya terdiri daripada suku kaum bumiputera. Pada tahun berikutnya En. Ho Yick Che meletak jawatan dan En. Tan Siew Hwa menggantikan tempatnya.

          Seterusnya En. Wong Swee Shim ingin memperluaskan kawasan sekolah dan mendapat persetujuan serta bantuan daripada En. Lim Teng Fa, En. Lim kim Sui, En. Tan Chen Yang, En.Chong Zhu End dan lain-lain. Oleh yang demikian, mereka telah mendapatkan tapak sekolah sekarang ini daripada kaum bumiputera dengan harga dua ratus lima puluh ringgit. Pihak sekolah mengutip derma untuk membina bangunan sekolah. Pada tahun 1941, atas usaha semua pihak dari segi tenaga mahupun kewangan maka siaplah sebuah bangunan sementara untuk murid-murid meneruskan pelajaran.

 

Next

 

 

Laman Utama/ Maklumat Guru/ Maklumat Murid/Lembaga Pegurusan Sekolah /PIBG/

Sejarah Sekolah /Piagam Pelanggan/Gambar Sejarah/Kawasan Sekolah/Lagu Sekolah