SEJARAH SEKOLAH
[MAKLUMAT AM]
                  Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) St. Phillip, Tamparuli, Sabah ditubuhkan pada tahun 1949.  Ini disebabkan pada masa itu tiada sekolah Cina yang dekat.  Sebelum itu, penduduk kampung Cina menggunakan sebuah gudang Jepun di Pekan Tamparuli untuk dijadikan bilik belajar dan hanya seorang Cikgu Mu dengan beberapa orang murid sahaja.  Apabila hujan lebat atau banjir, murid tidak dapat pergi belajar.  Oleh itu, masyarakat Cina berharap Kesatuan Gereja St. Phillip dapat mengasaskan sebuah sekolah Cina supaya generasi muda mereka berpeluang menerima pendidikan. 

        Pada tahun 1950, pihak sekolah telah mengupah Encik Kwong Pin Khun sebagai Guru Besar pertama.  Pada masa itu, hanya ada 6 orang murid.  Bumbung sekolah dibuat daripada atap dan dindingnya dibuat daripada papan kasar kotak besar.  Di atas pimpinan Father Tapstra dengan segolongan masyarakat yang mengambil berat terhadap pendidikan, mereka ialah "Li De Liang", "Yang Zhen Kun", Puan Charles dan "Deng Yue Jiao", berbincang untuk membuka sebuah sekolah, di mana murid tidak perlu melintasi Jambatan Tamparuli untuk pergi belajar di Sekolah Chung Hwa.  Maka mereka telah menubuhkan sebuah jawatankuasa.  Selepas  itu, mereka telah menubuhkan sebuah Sekolah Mubaligh.  Bumbung sekolah ini dibuat daripada daun atap dan dindingnya dibuat daripada papan kotak susu.  Mereka juga menratakan bukit untuk memperluaskan kawasan sekolah.  Dua buah bilik belajar telah dibuat untuk dijadikan Darjah 1, 2, 3 dan 4. Bilangan murid bertambah dari 6 orang kepada 10 orang.  Satu tahun kemudian, bilangan murid menjadi 38 orang dan guru ditambah satu, iaitu Cikgu "Liu Wen Jing".  Seterusnya pihak sekolah juga mengupah seorang guru lagi iaitu Cikgu "Chen De Hong".

        Pada semester dua tahun 1954, Guru Besar Kwong Pin Khun ditukar ke SJK (C) St. Peter, Talipok.  Pihak sekolah mengupah Encik "Jiang Fu Chang" untuk mengambil alih tugas Guru Besar.  Pada tahun 1955, Encik "Jia Gong Xi" mengambil alih tugas Guru Besar.  Pada masa itu, hanya ada seorang guru iaitu Cikgu "You Cai Lan".  Bilangan murid lebih kurang 40 orang.  Oleh kerana umur murid Darjah 4 adalah melebihi 10 tahun, maka Guru Besar "Jia" cuba mendaftarkan mereka untuk mengambil peperiksaan Tahun 6.  Guru Besar "Jia" juga menukar bumbung atap kepada bumbung Zink, tetapi dindingnya masih dibuat daripada papan kasar.  Beliau juga membuat meja dan bangku untuk murid Darjah 1 hingga Darjah 5. 

        Pada tahun 1957, Cikgu "Fu Qing Fang" menjadi Guru Besar.  Beliau meletakkan jawatannya untuk berpindah ke Johor pada tahun 1958.  Pada mula penubuhan sekolah ini, murid Cina dan murid yang beragama Kristian tidak ramai.  Oleh itu, Encik Lee Ah Onn memimpin segolongan masyarakat yang memandang berat terhadap pendidikan serta dengan kerjasama dan daya usaha dari Kesatuan Gereja untuk mengadakan kutipan derma.  Selepas itu, isteri Encik Lee Ah Onn, iaitu Puan Leong Chye Chen, dan Encik Yong Tao Peng merancang untuk mendirikan bangunan baru sekolah.  Puan Leong Chye Chen menjadi Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah dari tahun 1966 hingga tahun 1982.

        Pada tahun 1959, Encik "Zhuo Jin Xiang" memangku Guru Besar selama setengah tahun.  Pada tahun yang sama, Father Tapstra mengambil cuti.  maka Father Virgen Turol menolong Father Tapstra menjaga  sekolah ini dan mengupah Puan Lucy Yong untuk menjadi Guru Besar. 

        Dari tahun 1959 hingga tahun 1962, bilangan murid semakin berkurangan disebabkan sekolah ini tiada Darjah 6.  Murid terpaksa pergi ke Sekolah Chung Hwa untuk meneruskan pelajaran Darjah 6 dan ini menyebabkan adik mereka mengikut mereka pergi ke Sekolah Chung Hwa. Oleh kerana pada masa itu ramai murid dari golongan miskin, kebanyakan ibubapa mereka ialah penjual daging atau penjual sayur, maka ibubapa meminta pihak sekolah mengurangkan yuran sekolah dari RM 4.50 ke RM 3.50.  Permintaan ini telah diluluskan oleh pihak lembaga sekolah.  Pada masa itu, bilangan murid hanya tinggal 23 orang sahaja.  Guru Besar Puan Lucy Yong meletakkan jawatannya pada tahun 1963.  Pada masa itu, sekolah ini dijaga oleh seorang Father yang bertugas di Tuaran.  Father tersebut memberitahu Bishop Daerah, iaitu Bishop James, tentang keadaan sekolah ini.  Kemudian mendapat seorang Father yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, iaitu Rev. Fr. Chung, untuk menjaga sekolah ini.  Bishop James juga berjanji akan memberi bantuan kewangan kepada sekolah ini untuk menambah dan membina lebih banyak bilik darjah.  Setelah Rev. Fr. Chung menjawat jawatannya, beliau menjemput seorang lepasan Maktab Perguruan Peking, China iaitu Encik Pang Sui Siong yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pendidikan untuk menjadi Guru Besar.  Pada masa itu, bilangan murid bertambah lebih daripada 50 orang.  Beliau ditukar ke SMJK Shao Tao pada tahun 1964.

        Pada tahun 1967, Puan Tien Sin Hou dilantik sebagai Guru Besar.  Pada masa itu sebuah lagi bilik darjah telah ditambah menjadi 6 buah bilik darjah, iaitu dari Darjah 1 hingga Darjah 6 dengan adanya bantuan daripada Bishop James.  Puan Tien adalah merupakan lepasan dari Universiti Ching Hwa, Peking, China.  Beliau juga merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dan berinisiatif.  Akhirnya dengan pimpinan dari Rev. Fr. Chung dan Guru Besar, Puan Tien serta kerjasama daripada semua guru dan murid, satu derma berloteri dapat diadakan.  Derma berloteri ini dapat dikutip sehingga ke Daerah Tawau dan Sandakan untuk membina bangunan baru.  Dengan hasil dari derma dan sedikit sebanyak sumbangan dari Jabatan Pendidikan, satu blok bangunan dua tingkat yang mempunyai 3 buah bilik darjah di tingkat atas berjaya disiapkan.  3 buah bilik darjah tersebut ialah bilik darjah Tahun 5 dan Tahun 6, dan sebuah lagi bilik darjah diubahsuai sementara untuk Bilik Guru Besar dan Bilik Guru.  Sekarang ialah bilik darjah Tahun 3, 4 dan 5.

        Pada tahun itu juga nama sekolah ditukar menjadi Sekolah St. Phillip.  Tetapi tingkat bawah bangunan tersebut tidak dapat disiapkan ekoran dari kekurangan kewangan.  Oleh kerana sekolah ini tidak dapat sumbangan dari Jabatan Pendidikan, maka satu dermaan dilancarkan lagi.  Akhirnya tingkat bawah dapat disiapkan dan ianya digunakan sebagai pusat aktiviti murid,  dan sekarang ialah dewan sekolah.  Pada tahun 1968, tingkat bawah ini telah diubahsuai sementara menjadi Tadika St. Philip dan telah mengupah Puan Shia Ah Lian sebagai Pengetua Tadika sehingga sekarang. 

        Guru Besar Tien meletak jawatan pada akhir tahun 1970.  Encik Wong Sui Foh telah dilantik sebagai Guru Besar pada tahun 1971.  Dengan adanya kerjasama di antara Guru Besar dan guru-guru, maka bilangan murid dan guru dapat dipertingkatkan.  Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai seorang guru besar dan 4 orang guru.  Mereka ialah Guru Besar Wong Sui Foh, Cikgu "Li Guo Wei", Cikgu Yee Chao Boo, Cikgu "Qiu Mei Jin" dan Cikgu "Xu Shi Mei".  Di bawah pimpinan Guru Besar Wong dan sokongan daripada golongan masyarakat serta bantuan daripada Parti Rakyat, sebuah gelanggang bola keranjang baru, tandas, dan kantin telah ditubuhkan.  Pada masa itu, bilangan murid sudah menjadi 92 orang.  Murid bukan saja mendapat pencapaian yang baik dalam bidang pendidikan malah dalam permainan, mendapat Johan Kategori Lelaki dalam Pertandingan Bola Keranjang Daerah Tamparuli selama enam tahun berturut-turut.  Pada masa itu, seorang murid yang bernama "Luo Zhi Yong" telah mengambil bahagian dalam sukan di Semenanjung Malaysia.  Oleh kerana St. Phillip mendapat pencapaian yang baik dalam pelbagai bidang, maka sekolah mendapat surat pemberitahuan bahawa sekolah ini diiktirafkan sebagai Sekolah Harapan Daerah Tamparuli pada tahun 1982.  Bilangan murid telah bertambah ramai dari tahun ke tahun sehingga lebih kurang 210 orang pada tahun 1984.  Pada tahun yang sama, beliau meletakkan jawatannya.  Pada 1982, Encik Francis Soon Ket Woon, ASDK., BSK., menjadi Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah.  Encik Francis Soon ialah seorang pemuda yang mengambil berat terhadap pendidikan.  Beliau memberi banyak sumbangan dari segi kewangan dan tenaga.

        Pada tahun 1985, Cikgu "Li Guo Wei" memangku Guru Besar selama setengah tahun.  Kemudian, Jabatan Pendidikan Sabah telah melantik dan menghantar Puan Peggy Fong Hon Nyuk sebagai Guru Besar di sekolah ini.  Beliau merupakan seorang yang  berpengalaman dalam bidang pendidikan.  Atas usaha beliau yang gigih dan tekun, langkah-langkah untuk memperbaiki disiplin dan hal ehwal murid telah diambil supaya sekolah ini dapat menjadi sebuah sekolah yang berkualiti dalam semua bidang.  Semua guru dibawah pimpinan guru besar juga tekun mengajar.  Dalam peperiksaan UPSR tahun 1988, sekolah ini mendapat tempat ketiga di Peringkat Daerah Tamparuli dengan purata keputusan 41.9%.  Pada setiap Tahun Baru Cina, Guru Besar Peggy Fong dan ahli-ahli Lembaga Pengurusan Sekolah serta guru-guru akan pergi mengutip Ang Pau di Daerah Tuaran dan Tamparuli.  Semua Ang Pau ini akan digunakan untuk memperbaiki sekolah.  Pada tahun yang sama, sekolah ini telah mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri untuk membina pagar dawai yang kukuh di kawasan hadapan sekolah.  Pada tahun 1991, sebuah ahli jawatankuasa pembinaan bangunan baru sekolah yang dipimpini oleh Encik Francis Soon Ket Woon, ASDK., BSK., telah ditubuhkan.  Di atas pimpinan Guru Besar Peggy Fong Hon Nyuk dengan kerjawam semua ahli Lembaga Pengurusan Sekolah, maka pembinaan bangunan baru dirancang dan dimulakan binaannya.

        Rancangan Pembinaan bangunan baru sekolah selain mendapat sokongan penuh daripada ibubapa murid sekolah dan segolongan masyarakat yang memandang berat terhadap pendidikan, ia juga mendapat bantuan kewangan daripada Parti Bersatu Sabah melalui ahli dewan negeri Tamparuli, Datuk Wilfred M. Bumbunring sebanyak RM80,000.00 untuk Tabung Pembinaan Bangunan Baru Sekolah dan sumbangan yang sama juga diterima pada tahun 1990 sebanyak RM100,000.00.  Pada tahun 1992, ahli dewan negara, Datuk Monggoh Orow menyumbangkan sebanyak Rm16,000.00 daripada ADUN untuk Tabung Pembinaan Bangunan Sekolah.  Maka dengan itu, satu blok bangunan dua tingkat konkrit yang baru telah dapat disiapkan dengan kos sebanyak RM23,000.00 pada pertengahan tahun 1992.  Pada 28hb. Oktober, 1992 bangunan baru ini telah dapat digunakan sepenuhnya.  Di tingkat bawah ialah 3 buah bilik darjah iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 6.  Di tingkat satu ialah 1 buah bilik Guru Besar, 1 buah bilik Guru, 1 buah bilik Pejabat Am dan 1 buah bilik Pusat Sumber Sekolah.  Sekarang telah diubah menjadi 1 buah bilik Guru Besar, 1 buah bilik Guru, 1 buah bilik Penolong Kanan, 1 buah bilik Gerakan, 1 buah bilik Pejabat Am, dan 1 buah bilik Komputer.  Pada tahun 1994, Guru Besar Peggy Fong Hon Nyuk dan ahli Lembaga Pengurusan Sekolah telah berjaya mendapat janjian sumbangan bantuan kewangan daripada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee sebanyak RM100,000.00 untuk Tabung Pembinaan Bangunan Sekolah.

        Berkat usaha murni Guru Besar Peggy Fong Hon Nyuk, SJK (C) St. Phillip telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Sabah pada tahun 1993.  Di bawah bimbingan Cikgu Kam Kiew Loong dan Cikgu Yee Chao Boo, sekolah ini mendapat Johan Keseluruhan Kaligrafi Cina, Tuaran 3 tahun berturut-turut dari tahun 1993 hingga tahun 1995. 

        Guru Besar Peggy Fong Hon Nyuk bersara pada bulan September tahun 1995.  Tugasnya diambil alih oleh Penolong Kanan SJK (C) CHung Hwa, Kota Belud, Encik Tham Yun Fook.  Guru Besar Tham ialah seorang pemuda yang bersemangat dan aktif.  Dalam masa  beberapa bulan sahaja, sekolah ini telah mendapat pencapaian yang baik dalam semua bidang.  Dalam peperiksaan UPSR tahun 1995, sekolah ini mendapat tempat pertama dalam semua sekolah cina Daerah Tuaran dengan purata keputusan 62.5%.

        Pada bulan Februari tahun 1996, sekolah ini juga mendapat Johan Keseluruhan dalam Pertandingan Bola Keranjang Daerah Tamparuli.  Selain itu, Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah juga dapat dibentuk oleh Encik Tham untuk menjaga kebajikan guru dan staf sekolah.

        Satu ahli jawatankuasa pembinaan tingkat ketiga telah dibentukkan pada tahun 1996 yang dipimpin oleh Encik Francis Soon Ket Woon, ASDK., BSK..  Atas janji pada tahun 1994 dan belum lagi mendapat sumbangan bantuan kewangan daripada kerajaan, maka Guru Besar Tham memohon lagi untuk mendapat peruntukan tersebut.  Atas usaha Guru Besar Tham, peruntukan tersebut akhirnya dapat diperolehi pada tahun 1996 oleh Parti Barisan Nasional Negeri.  Seterusnya tingkat ketiga mula dibuat supaya dapat memuatkan lebih ramai murid sekolah.  Tingkat ketiga ini mendapat bantuan daripada Datuk Terance Chong sebagai Penasihat Pembangunan dan  pemerhati dalam pembinaan.  Tingkat ketiga akhir dapat disiapkan dan digunakan pada tahun 1997 dengan kos sebanyak RM100,000.00.  Tingkat ketiga ini dijadikan 1 buah bilik Pusat Sumber, 1 buah bilik Mesyuarat dan 1 buah bilik Alat Pandang Dengar.

        Untuk membolehkan sekolah ini mempunyai teknologi moden, Guru Besar Tham dapat berbincang dengan Dyna Book Computer Centre pada tahun 1996 dan berjaya membuka kelas komputer di mana sekolah ini merupakan sekolah cina pertama yang mempunyai kelas komputer di Daerah Tamparuli.

        Pada tahun 1997, kesemua jawtan guru besar di seluruh Malaysia telah diselaraskan.  Oleh yang demikian, pada 24hb Mac 1997, Jabatan Pendidikan telah melantik dan menghantar Encik Melvin Thien Yun Hin, Penolong Kanan SJK (C) Chen Sin, Tuaran sebagai Guru Besar baru sekolah ini

        Pada tahun November 1997, sekolah ini mendapat Johan dalam Pertandingan Kaligrafi Cina Daerah Tuaran selama 6 tahun berturut-turut.  Selain itu, Adik Jolly Geofry mewakili Sabah pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti Pertandingan Syarahan dan Penulisan Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia pada bulan November juga.  Di bawah bimbingan dan usaha Cikgu Choong Min Hooi, sekolah ini telah mendapat Johan Keseluruhan Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Tamparuli 3 tahun berturut-turut dari tahun 1996 hingga tahun 1998.



[MUKA UTAMA][MAKLUMAT AM][LEMBAGA SEKOLAH][CARTA ORGANISASI]
[KECEMERLANGAN][MAKLUMAT GURU][MAKLUMAT MURID][TAKWIM]
CARA MENGHUBUNGI

[MUKA TERATAS]