SEJARAH  SJK(C) Lok Yuk Menggatal
            Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1927 oleh beberapa orang tokoh Tionghua.  Mereka adalah Encik Ho Su Kong, Encik Lo Kon Fah, Encik Yap Kiew Yen, Encik Yap Kiew Thau, Encik Tsen Yen Su, Encik Yap Kiew Kong dan Encik Liao Yi Zhao.  Sebelum pertubuhan sekolah ini, budak-budak Menggatal terpaksa jalan kaki ke sekolah di Inanam.  Oleh sebab perjalanan itu terlalu jauh, Kapitan Cina Encik Ng Kim Sui yang membuka pekan Menggatal, dengan murah hati meminjamkan sebanyak tiga pintu kedai untuk dijadikan bilik-bilik darjah.

            Guru Besar yang pertama ialah Encik Kong Pin Jiun dan bilangan murid dari darjah 1 hingga 6 pada masa itu hanya berjumlah 30 orang sahaja.  Oleh kerana kebanyakan murid-murid adalah dari keluarga yang sangat miskin, kebanyakan perbelanjaan telah ditanggungi oleh tokoh-tokoh tersebut.  Manakala kerja-kerja mendidik dijalankan oleh orang ramai secara sukarela pada tahun 1928, bilangan murid melebih 40 orang.

            Menjelang tahun 1930 bilangan murid kian bertambah, pihak jawatankuasa telah memperjawatkan seorang guru Encik Luk untuk memperluaskan.  Pihak Jawatankuasa meminjam sebanyak RM500.00 daripada Encik Lee Su On untuk membeli tiga ekar tanah sebagai tapak bangunan sekolah.  Guru Besar Encik Kong Pin Jiun telah bersara pada hujung tahun itu.  Encik Tsen En Luk dilantik sebagai Guru Besar untuk mengganti Encik Kong, dua orang guru lagi diperjawatkan, mereka ialah Encik Tsen En Sam dan Encik Tsen Ket Yuk.

            Pada tahun 1932, bilangan murid melebihi 80 orang.  Pihak jawatankuasa menjemput Encik Yong Pau Liang untuk menjadi Guru Besar yang sah.  Sebuah sekolah berdinding papan dan berbumbung atap telah siap dibina dan pada tahun 1934 pentadbiran sekolah pun meningkat maju.

            Dalam tahun 1941, negeri Sabah telah ditakluki oleh tentera Jepun.  Pada tahun 1943 ( Masa pemerintahan tentera Jepun ) Encik Yong Pau Liang sebagai Guru Besar telah meninggal duina, perjalanan sekolah dihentikan untuk sementara waktu.

            Perang Dunia Kedua tamat pada 1945, sekolah dibuka semula.  Pihak jawatankuasa melantik Encik Tsen En Luk menjadi Guru Besar.  Pada tahun 1947, jawatan guru besar disandang oleh Encik Chong Kui Fah dan Encik Ho Yik Kee pada tahun 1950.

            Oleh kerana bilangan murid semakin meningkat kepada 120 orang, maka tiga buah bilik darjah telah didirikan.  Pada masa itu, semua bilik darjah dibuat daripada atap dan papan.  Perbelanjaan sebanyak RM 3,000 dan diderma oleh beberapa persatuan kristian dan ahli-ahli gereja Basel.

            Pada 2 November 1963 sebuah bangunan 2 tingkat mengandungi 10 bilik telah dibina.  Jabatan Pendidikan memberi subsidi sebanyak RM 17,000 dan yang baki diderma oleh beberapa Persatuan Gereja Basel dan ahli-ahlinya.  Bangunan bernilai RM45,000 didirikan.

            Encik Yen Yun Hin dilantik sebagai guru besar dari tahun 1984 sehingga kini.  Sekolah ini mempunyai 15 orang guru dan 309orang murid.

[ Am ]  [ Lembaga Pengurusan Sekolah ]   [ Carta ORG ]
 [ Kejayaan Sekolah ] [ Maklumat Guru ] [ Maklumat Murid ] [ Takwim Sekolah ]