SEJARAH SJK(C) KOK WAH, TALIOBONG, TUARAN SJK(C) Kok Wah, Talibong,Tuaran dibina pada tahun 1930. Lokasi sekolah ini berada di kawasan Talibong, Tuaran. SJK(C) Kok Wah dipolopori oleh segolongan penduduk tempatan. Pada mulanya segala kos perbelanjaan sekolah dibiasyai oleh penduduk tempatan yang bergantung kepada aktiviti pertanian. Murid-murid sekolah ini berasal dari sekitar kawasan Talibong. Namun malang tidak berbau pada tahun 80-an hasil pertanian mengalami kemerosotan harga menyebabkan bilangan murid semakin kurang sehingga sekolah tersebut hampir ditutup. Pada 26hb Ogos 1982 , Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekolah Cina, JP Lim Kuan Yi bersama dengan Lembaga Pengurusan Sekolah yang dipengerusi oleh En. Voo Foh Lim mengadakan mesyarat tergempar untuk merancangkan strategi menyelamatkan SJK(C) Kok Wah. Pada 16hb Oktober 1982, pihak sekolah telah menganjur Perayaan Ulang tahun Sekolah ke-52 secara besar-besaran demi meniup semula semangat perjuangan SJK(C) Kok Wah. Kekurangtan bilik darjah dan bangunan sekolah yang usang telah memberi ilham kepada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah supaya berusaha membina semula bangunan sekolah. Namun hasrat ini tidak tercapai kerana masalah kewangan. Pada masa itu, Kelab Lion Kota Kinabalu dibawah pimpinan Dr. Hua Kai Che dan Dr. Chou Zi You tampil ke depan memberi bantuan ikhlas. Pada 21hb Januari 1989, Kelab Lion Kota Kinabalu telah menganjurkan majlis makan malam amal untuk mengutip derma bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah. Hasilnya pihak sekolah berjaya mengutip derma sebanyak RM 1,5478.64. Director Superwood Sdn. Bhd. En. Tan Boon Bock telah mendermakan kayu dan papan, semen, mengetarkan jalan dan menanam rumput di padang. Jumlah kos ialah RM 170,000.00. Kerajaan Negeri Memberi bantuan sebanyak RM 80,000.00. Pada 27hb September 1989, Upacara Pecah Tanah diadakah projek pembinaan bangunan sekolah dua tingkat dimulakan. Pada Jun 1990, bangunan baru sekolah siap dibina. 11hb Julai 1990, Majlis perasmian bangunan sekolah baru telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Sri Joseph Pairin Kitinggan. Kini, SJK(C) Kok Wah, Talibong telahpun mempunyai bangunan sekolah yang kukuh dan serba guna. Kemudahan-kemudahan sekolah yang ada termasuklah 5 buah bilik darjah, Pejabat Guru, Pejabat Guru Besar, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Dewan Sekolah, Kantin, Pusat Sumber dan Stor. Pada tahun 1992, 2 buah rumah guru telah dibina. Pada tahun 1993, sebuah gelanggang keranjang serba guna dibina. Pada Jun 2000, bangunan sekolah dicat semula, bumbung zing yang bocor telah diganti dan Dewan Sekolah telah diubahsuai untuk dijadikan dua buah bilik darjah yang mudah dianjal.