PENGERUSI PIBG SEJAK TAHUN 1982
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas penubuhannya, berbagai jenis aktiviti seperti Walkathon, Merentas Desa, Cabutan Tiket Raffle dan Jogathon diadakan bertujuann untuk mengutip Tabung PIBG.
Setiap tahun, PIBG memberi peruntukan untuk aktiviti-aktiviti sekolah seperti Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah dan sebagainya. PIBG sentiasa memberi bantuan buku teks kepada murid-murid miskin. Murid-murid yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR akan diberi hadian dan piala.
Pada tahun 1988, kelas tambahan untuk murid-murid Tahap I dan II dimulakan. Pasukan Pancaragam sekolah juga telah ditubuhkan. Kedua-dua aktiviti ini di bawah kelolaan PIBG.
PIBG sentiasa mencuba melengkapkan sekolah ini dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh guru-guru dan murid-murid. PIBG telah membeli alat-alat untuk kegunaan pejabat sekolah seperti mesin faks dan mesin taip elektrik, selain komputer-komputer dan scanner. Bilik sumber sekolah juga dilengkapi dengan permaidani, meja dan kerusi konferensi, alat-alat penghawa dingin dan buku-buku. Jasa guru juga tidak dilupai oleh PIBG, bila tibanya Hari Guru atau Tahun Baru Cina, jamuan makan diadakan. Guru bersara diberi cenderahati, manakala yang memberi perkhidmatan cemerlang diberi hadiah penghargaan.
PIBG telah melaksanakan rancangan mencantikkan kawasan sekolah, penjualan pakaian seragam, buku tulis dan kelas komputer. Seorang kerani PIBG telah diupah untuk menguruskan penjualan pakaian seragam sekolah, buku tulis dan sebagainya.
PIBG juga menjalankan kerja-kerja pembaikan di sekolah. Meja / kerusi murid yang rosak dibaiki dan kipas angin yang usang / rosak telah diganti. Alat-alat penghawa dingin di bilik guru juga telah diganti.
Satu larian kutipan tabung PIBG telah diadakan pada 27.9.1998. Larian tersebut dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Ketua Menteri Sabah pada ketika itu. Wang yang dikutip digunakan untuk perbelanjaan aktiviti-aktiviti sekolah.
Lawatan dan kem ke Outward Bond Sabah, Kinarut, berjaya diadakan dengan PIBG membiayai separuh daripada yuran kursus 1 1/2 hari untuk 92 orang murid dan guru selepas UPSR pada tahun 1999.
Tempat letak kereta guru telah diperbesarkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu pagi dan waktu pulang.
PIBG telah mengadakan dua kali dialog dengan Lembaga Pengurusan Sekolah bertujuan untuk menjalinkan perhubungan kedua-dua pihak demi pembangunan dan kemajuan murid-murid dan sekolah ini. Oleh yang demikian diharap semua ibu bapa akan berganding bahu dengan pihak sekolah.
Alat-alat pasukan pancaragam yang rosak telah digantikan, alat-alat
audio untuk kegunaan kelas juga telah ditambahkan.
Pakaian seragam pasukan pancaragam dan pasukan perbarisan juga telah
digantikan.
Sebuah pondok jaga mudah-alih telah ditempatkan di pintu besar dan pelindung (shade) telah dibina di tempat menunggu kereta bagi kemudahan murid-murid.
Tong-tong sampah yang rosak telah digantikan dengan yang baru.
PIBG telah membiayai kos perbelanjaan Kem Motivasi untuk semua guru pada 26.07.2000 dengan penceramah En. Hilter Yen . Selepas UPSR, 80 orang murid-murid bersama guru-guru telah berjaya ke kem dan lawatan ke Outward Bound Sabah dengan sumbangan daripada PIBG.
Untuk menolong murid-murid yang bermasalah, PIBG telah mulakan kelas kaunseling pada masa ko-kurikulum, iaitu pada setiap petang Rabu. Penceramahnya terdiri daripada AJK PIBG yang dilantik.
PIBG juga telah memberi sumbangan ikhlas kepada keluarga murid, Nelson David Jipanis yang telah kehilangan nyawa ketika bermain di rumah pada 26.07.2000.
PIBG selalu menghargai jasa-jasa guru sandaran di sekolah. Gaji separuh bulan Januari 2000 untuk 8 orang guru sandaran telah ditanggung oleh PIBG kerana lantikan mereka hanya bermula pada pertengahan bulan Januari.
Pada 1.10.2000 PIBG telah berjaya mengadakan Larian Yue Min 2000 bersama Lembaga Pengurusan Sekolah bertujuan untuk mengutip tabung pembangunan sekolah yang masih berkurangan bagi pembinaan blok bangunan yang baru.
Pada Mesyuarat Agong 2001, Prof. Dr. Wong En Kong dilantik semula sebagai Pengerusi PIBG bagi kali ke sembilan berturut-turut.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|