Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
Perkhidmatan ini dijalankan melalui:
KAUNSELING INDIVIDU
(pertemuan ANDA dengan kaunselor)
KAUNSELING KELOMPOK
(pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunaselor)
Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.
|
|
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor,
atau
Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik HEM
PN.CHEW SIOW ENG
&
CIK. ONG AI HUA
- Sedia mendengar semua persoalan ANDA
- Menerima ANDA tanpa syarat
- Merahsiakan apa yang ANDA katakan
- Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu
- Sedia berjumpa dengan ANDA pada bila-bila
masa.
SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA. MENEMUI KAUNSELOR ADALAH LANGKAH YANG BIJAK
Apa itu kaunseling?
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat
nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara
langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor
tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling
ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada
isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting
dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana
kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.
Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi
yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami
dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan
reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri
dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling
menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan
masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya.
Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan
yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional
atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
PERHUBUNGAN KAUNSELING DAN PERSONALITI KAUNSELOR
Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada
ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat
dan berempati. Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam
permasalahannya, bukan masalahnya.
kaunseling
merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku
melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan
atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat
kemahiran batu melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui
main peranan.
Definisi kaunseling
Menurut Blocher (shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.
Burk dan Steffire (George & Cristiani,1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap kehidupan, dan belajar manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Kaunselor perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.
Berempati
Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahmi dan menghayati pengertian daripada proses ini.
Dipetik daripada buku kaunseling Individu: Apa dan
Bagaimana
oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah
Mokhtar
(Penerbit fajar Bakti Sdn.Bhd., Shah Alam)
DISIPLIN SEKOLAH
Dalam usaha
memperkembangkan disiplin di kalangan murid-murid sekolah, matlamat membina
disiplin dengan ertikata kebolehan mengawal dan mengarahkan diri sendiri
hendaklah sentiasa disedari oleh pihak-pihak yang kewibawaan iaitu pentadbir,
guru dan ibubapa.
Oleh itu
pendekatan dan keadah yang diamalkan di SJK (C) Yue Min bagi mendisiplin
murid-murid adalah secara yang menggalakkan tingkahlaku dan amalan nilai-nilai
serta tatasusila yang timbul hasil kesedaraan murid-murid itu sendiri,
tidak secara yang diarah atau dipaksakan kepada mereka sahaja.
Dasar disiplin
sekolah adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip keadilan dan layanan sama
rata, pertimbangan minat dan keperluan murid, kebebasan, menghormati individu
sebagai seorang manusia, perhubungan baik sesama manusia dan kehidupan
harmoni, dan perpaduan negara.
Jika seseorang
murid telah melakukan kesalahan, guru disiplin P.Kn.HEM akan menggalakkan
murid tersebut berfikir, mendoa dan menginsaf salahlaku, kes yang berat
akan direkod di dalam Buku Rekod Salahlaku.