Laman Utama | SERASI | Aktiviti Semasa| MASM | Sekolah Dicalonkan | Hadiah | AJK | Arkib

Senarai Pemenang  

 

 

 

 

 

 

 

Kategori Wira SERASI

Kelayakan

  • Semua sekolah yang memenangi Anugerah SERASI bagi tahun 2003,2004,2005,2006 dan 2008.

A. Garispanduan Pemarkahan WIRA SERASI

  1. Tujuan laporan adalah untuk penilaian.
  2. Laporan tidak melebihi 20 mukasurat. ( Font : Arial 12, Spacing : 1.5 ) tidak termasuk gambar-gambar.
  3. Markah hanya diberikan untuk seksyen B.
 
Kriteria
Markah
1 Laporan
30%
2

Penilaian lapangan

  • Kelestarian ( sustainability )
  • Penglibatan
  • Membantu pihak lain ( Luar sekolah )

 

70%
 
Jumlah Markah
100%

 

B. Skima Pemarkahan Laporan

Laporan hendaklah berdasarkan kepada soalan-soalan berikut:-

  1. Strategi untuk mendapatkan kerjasama guru-guru (10 markah ).
  2. Strategi untuk mendapatkan kerjasama pelajar-pelajar (10 markah ).
  3. Strategi untuk mendapatkan kerjasama ibubapa (5 markah ).
  4. Cabaran-cabaran yang di hadapi sejak peringkat permulaan dan cara mengatasinya ( selain daripada 1 - 3 diatas ). (15 markah )
  5. Sila lampirkan laporan kewangan program alam sekitar ( sumbar kewangan dan perbelanjaan ) (10 markah )
  6. Sesetengah sekolah menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan untuk melaksanakan aktiviti alam sekitar. Apakah nasihat dan panduan yang boleh dikongsi bersama dalam penyelesaian kepada masalah ini. (10 markah )
  7. Sesetengah sekolah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk melaksanakan aktiviti alam sekitar. Apakah nasihat dan panduan yang boleh dikongsi bersama dalam penyelesaian kepada masalah ini. (10 markah )
  8. Senaraikan lima (5) program/aktiviti yang paling diminati oleh pelajar. Berikan penjelasan. (10 markah )
  9. Adakah pelajar di bawa melawat ke kawasan setingan/tapak pelupusan sampah/ tempat-tempat lain yang mempunyai pencemaran alam sekitar. Apakah objektif lawatan dan tindakan susulan yang dilakukan. Lawatan yang dibuat dalam tempoh 2006 - 2008. (10 markah )
  10. Sila sertakan sepuluh (10) keping gambar yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti/program yang dijalankan yang dinyatakan dalam laporan ini. Lawatan yang dibuat dalam tempoh 2006 - 2008. (5 markah )
  11. Nasihat kepada sekolah wira harapan untuk terus maju dalam program pendidikan alam sekitar. (5markah )

C. Komen / Cadangan

  1. Sila berikan komen / cadangan tentang penganjuran SERASI.
  2. Sila nyatakan kaedah penilaian kemajuan program SERASI di sekolah tuan / puan.

D. Anugerah Yang Pernah Dimenangi

  1. Senaraikan nama Anugerah dan tahun diterima berkaitan dengan alam sekitar. Sila natakan (peringkat Daerah / Negeri / kebangsaan / Antarabangsa ).

Senarai sekolah yang layak menyertai kategori Wira SERASI.

Hanya sekolah yang pernah memenangi:

  • Anugerah Serasi
  • Anugerah Wira Harapan
  • Pernah bertanding dalam Anugerah Wira pada tahun sebelumnya.
  • Menghabtar laporan tahunan SERASI sekolah.
  • Mengisi borang penyertaan.

 

 

 

 

AJK PENGANJUR SERASI

1. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar ( JPAS ), http://www.sabah.gov.my/jpas

2. Jabatan Alam Sekitar Sabah ( JAS ), http://www.doe.gov.my

3. Kota Kinabalu Wetland Centre, http://www.kkwc.gov.my

4. Unit Sains Dan Teknologi (UST), http://www.sabah.gov.my/ust

5. Jabatan Perhutanan Sabah, http://www.forest.sabah.gov.my

6. Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Sabah. (EAC)

7. Shell Malaysia. http://www.shell.com

8. Jabatan Pelajaran Sabah (JPS)

 

ANUGERAH SERASI

Pengiktirafan kepada usaha pendidikan alam sekitar yang diamalkan di sekolah

 

Laman ini dibangunkan oleh:

Unit Sains Dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri.

Webmaster