Laman Utama | SERASI | Aktiviti Semasa| MASM | Sekolah Dicalonkan | Hadiah | AJK | Arkib

Senarai Pemenang  

 

 

 

 

 

 

 

Kategori Wira Harapan SERASI

Kelayakan

  • Semua pemenang kategori yang dipertandingkan dalam SERASI bagi tahun 2003, 2004, 2005, 2006 & 2008

A. Garispanduan Pemarkahan Wira HarapanSERASI

  1. Tujuan laporan adalah untuk penilaian.
  2. Laporan tidak melebihi 20 mukasurat. ( Font : Arial 12, Spacing : 1.5 ) tidak termasuk gambar-gambar.
  3. Markah hanya diberikan untuk seksyen B.
 
Kriteria
Markah
1 Laporan
30%
2

Penilaian lapangan

  • Kelestarian ( sustainability )
  • Penglibatan
  • Membantu pihak lain ( Luar sekolah )

 

70%
 
Jumlah Markah
100%

 

B. Skima Pemarkahan Laporan

Laporan hendaklah berdasarkan kepada soalan-soalan berikut:-

  1. Strategi untuk mendapatkan kerjasama guru-guru (10 markah ).
  2. Strategi untuk mendapatkan kerjasama pelajar-pelajar (10 markah ).
  3. Strategi untuk mendapatkan kerjasama ibubapa (5 markah ).
  4. Cabaran-cabaran yang di hadapi sejak peringkat permulaan dan cara mengatasinya ( selain daripada 1 - 3 diatas ). (15 markah )
  5. Sila lampirkan laporan kewangan program alam sekitar ( sumbar kewangan dan perbelanjaan ) (10 markah )
  6. Sesetengah sekolah menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan untuk melaksanakan aktiviti alam sekitar. Apakah nasihat dan panduan yang boleh dikongsi bersama dalam penyelesaian kepada masalah ini. (10 markah )
  7. Sesetengah sekolah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk melaksanakan aktiviti alam sekitar. Apakah nasihat dan panduan yang boleh dikongsi bersama dalam penyelesaian kepada masalah ini. (10 markah )
  8. Senaraikan lima (5) program/aktiviti yang paling diminati oleh pelajar. Berikan penjelasan. (10 markah )
  9. Adakah pelajar di bawa melawat ke kawasan setingan/tapak pelupusan sampah/ tempat-tempat lain yang mempunyai pencemaran alam sekitar. Apakah objektif lawatan dan tindakan susulan yang dilakukan. Lawatan yang dibuat dalam tempoh 2006 - 2008. (10 markah )
  10. Sila sertakan sepuluh (10) keping gambar yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti/program yang dijalankan yang dinyatakan dalam laporan ini. Lawatan yang dibuat dalam tempoh 2006 - 2008. (5 markah )
  11. Nasihat kepada sekolah wira harapan untuk terus maju dalam program pendidikan alam sekitar. (5markah )

C. Komen / Cadangan

  1. Sila berikan komen / cadangan tentang penganjuran SERASI.
  2. Sila nyatakan kaedah penilaian kemajuan program SERASI di sekolah tuan / puan.

D. Anugerah Yang Pernah Dimenangi

  1. Senaraikan nama Anugerah dan tahun diterima berkaitan dengan alam sekitar. Sila natakan (peringkat Daerah / Negeri / kebangsaan / Antarabangsa ).

Senarai sekolah yang layak menyertai kategori Wira Harapan SERASI.

Senarai sekolah yang layak adalah tertakluk kepada sekolah yang menghantar laporan aktiviti pembangunan SERASI sekolah dan borang penyertaan. Hanya sekolah yang pernah memenangi salah satu dari lima ketegori yang dipertandingkan sahaja layak untuk menyertai bahagian Ketegori Wira Harapan.

 

 

 

 

 

AJK PENGANJUR SERASI

1. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar ( JPAS ), http://www.sabah.gov.my/jpas

2. Jabatan Alam Sekitar Sabah ( JAS ), http://www.doe.gov.my

3. Kota Kinabalu Wetland Centre, http://www.kkwc.gov.my

4. Unit Sains Dan Teknologi (UST), http://www.sabah.gov.my/ust

5. Jabatan Perhutanan Sabah, http://www.forest.sabah.gov.my

6. Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Sabah. (EAC)

7. Shell Malaysia. http://www.shell.com

8. Jabatan Pelajaran Sabah (JPS)

 

ANUGERAH SERASI

Pengiktirafan kepada usaha pendidikan alam sekitar yang diamalkan di sekolah

 

Laman ini dibangunkan oleh:

Unit Sains Dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri.

Webmaster