Anugerah Pengetua/ Guru Besar/ Guru SERASI.
Bagi mengenang jasa bakti dan sumbangan Pengetua, Guru Besar dan guru-guru terhadap melahirkan generasi pemimpin akan datang yang lebih mengetahui dan perihatin terhadap alam sekitar , maka SERASI telah memberikan pengiktirafan kepada mereka dengan memberikan Anugerah Pengetua ,Guru Besar dan Guru SERASI. Setiap penerima anugerah akan diberikan sekeping sijil berserta hadiah iringan berupa jam tangan yang bernilai lebih kurang RM 500.
Walaupun hadiah yang diberikan ini tidak mahal sangat tetapi dengan pengiktirafan ini diharap dapat menyuntik semangat yang lebih lagi kepada warga sekolah dalam usaha memelihara dan memulihara serta memberikan kesedaran terhadap alam sekitar kepada murid, warga sekolah dan masyarakat.
Melalui SERASI, matlamatnya adalah menjadikan semua manusia cintakan bumi ini dan juga alam sekitarnya dengan menjadikan menjaga alam sekitar adalah budaya sepanjang zaman. Proses ini adalah proses yang berterusan dan perlu disemai dari bangku sekolah lagi, maka tugas pendidik kearah ini amat diperlukan secara berterusan. Itulah terwujudnya Anugerah Pengetua ,Guru Besar dan Guru SERASI.
Kriteria yang akan diambilkira dalam penilaian penerima anugerah ini adalah;
- Pengetua atau Guru Besar SERASI
- Sumbangannya terhadap alam sekitar di sekolah dan di luar sekolah
- Mencetus, membimbing, memulakan, penaung sesuatu aktiviti alam sekitar.
- Menjadi Idola sekolah dan masyarakat setempat.
- Berjaya membimbing masyarakat atau sekolah lain berjaya bersama.
- Peringkat pencapaian.
- Kometman terhadap aktiviti yang dijalankan.
- Sentisa berusaha memajukan lagi tingkat pencapaian.
- Sanggup menerima cabaran.
- Mempunyai bukti-bukti bertulis atau bergambar bagi meyokong setiap kenyataan.
- Keterlibatan secara langsung dan tidak langsung kepada SERASI.
- Penglibatan terhadap aktiviti alam sekitar.
- Pencapaian-pencapaian yang telah diterima
- Kegiatan-kegiatan yang disertai atau diterajui
- Dicadangkan oleh Pengatua atau Guru Besar untuk di calonkan sebagai guru SERASI.
- Di minta membuat laporan secara bertulis.
- Semua aktivi atau kegiatan dan penyertaan dapat dibuktikan kepada penal pengadil.
- Kesediaan untuk menjayakan sesuatu aktiviti alam sekitar.
balik...