Laman Utama | SERASI | Aktiviti Semasa| MASM | Sekolah Dicalonkan | Hadiah | AJK | Arkib

Senarai Pemenang  

 

 

 

 

 

 

 

KAEDAH PENCALONAN / PENGADILAN

Pemilihan

Bagi Anugerah SERASI pengadilan secara berperingkat dijalankan bagi menyenaraipendekan sekolah-sekolah yang layak untuk dinilai.

3 peringkat pengadilan :

  • Peringkat Pertama.
    • Semua Pengetua / Guru Besar sekolah dikehendaki untuk melengkapkan Borang Maklumat ( Borang 1 ) semasa majlis Road Show SERASI dijalankan.
    • Tapisan dan pemilihan akan dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) berdasarkan rekod aktiviti pendidikan alam sekitar di sekolah yang dinyatakan dalam Borang 1.
    • Semua Pengetua / Guru Besar sekolah dikehendaki untuk melengkapkan Borang maklumat sekolah (Borang 1) semasa majlis Road Show SERASI dijalankan.

     

  • Peringkat Kedua
    • Penilaian kedua diselaraskan dan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.
    • Pengadil-pengadil akan melawat dan menilai sekolah-sekolah yang dicalonkan oleh PPD dengan melengkapkan Borang Pemarkahan Peringkat kedua (Borang 2a)
    • Pengetua / Guru Besar atau wakil akan menandatangani Borang Pengesahan Lawatan Penilaian Peringkat kedua (Borang 2b) bersama-sama dengan Ketua Rombongan Pengadil. Satu salinan borang tersebut disimpan oleh sekolah.
    • Dua puluh (20) Sekolah Menengah dan Rendah yang mendapat markah tertinggi layak ke Peringkat Akhir. Pemarkahan diberikan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • Peringkat Akhir
    • Panel hakim yang dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur menjalankan lawatan penghakiman ke dua puluh (20) Sekolah Menengah dan Rendah yang berjaya ke peringkat akhir dengan melengkapkan Borang Penilaian Peringkat Akhir (Borang 3a)
    • Pemarkahan diberikan bagi menentukan pemenang mengikut kategori yang ditetapkan.

 

 

 

 

AJK PENGANJUR SERASI

1. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar ( JPAS ), http://www.sabah.gov.my/jpas

2. Jabatan Alam Sekitar Sabah ( JAS ), http://www.doe.gov.my

3. Kota Kinabalu Wetland Centre, http://www.kkwc.gov.my

4. Unit Sains Dan Teknologi (UST), http://www.sabah.gov.my/ust

5. Jabatan Perhutanan Sabah, http://www.forest.sabah.gov.my

6. Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Sabah. (EAC)

7. Shell Malaysia. http://www.shell.com

8. Jabatan Pelajaran Sabah (JPS)

 

ANUGERAH SERASI

Pengiktirafan kepada usaha pendidikan alam sekitar yang diamalkan di sekolah

 

Laman ini dibangunkan oleh:

Unit Sains Dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri.

Webmaster