Latarbelakang Program Sekolah Rakan Alam Sekitar( SERASI) Di Sabah
Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) merupakan salah satu program utama bagi sambutan tahunan Minggu Alam Sekitar (MASM) di Sabah.
MASM disambut pada 21-27 Oktober setiap tahun sebagai memperingati Deklerasi Langkawi yang ditandatangani oleh Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel pada 21 Oktober 1989 sempena Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel (CHOGM) di Langkawi, Malaysia pada 18-24 Oktober 1989. Objektif utama sambutan MASM ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar bertujuan untuk menggalakan masyarakat Malaysia supaya lebih perihatin, sensitif dan berkerjasama dalam melindungi alam sekitar.
Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI)
Seperti kata papatah " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Dengan itu, maka selain dari rumah, sekolah merupakan antara tempat untuk membentuk generasi muda supaya peka, perihatin, mencintai dan menghargai alam sekitar.
Setelah lima tahun program SERASI diadakan secara berturut-turut, kesemua sekolah menengah dan rendah Sabah bukan sahaja telah memberikan bahagian secara aktif dalam menceriakan kawasan sekolah masing-masing. Sebagai menghargai usaha murni pihak sekolah ini maka satu bentuk pengiktirafan diberikan kepada mereka melalui Anugerah SERASI.
Penganjur
Program Serasi ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar (EAC), Sabah Wetlands Conservation Society, Jabatan Perhutanan Sabah, Unit Sains dan Teknologi dan SHELL Malaysia Gas and Power.