Kategori Tandas Bersih dan Ceria

Tandas Bersih dan Ceria

 Anugerah Tandas Bersih dan Ceria ini adalah anugerah terbaru yang dipertandingkan bermula pada tahun 2009/2010. Ia diwujudkan selaras dengan dasar kerajaan masa kini yang mahu menaik taraf tentang kesedaran masyarakat terhadap tandas.

Anugerah ini akan akan dipertandingkan antara;

  • -Sekolah rendah dan menengah bertanding sesama sendiri.
  • -Berdasarkan
    • -Kategori sekolah dalam atau luar Bandar; atau
    • -Kategori sekolah dalam atau luar perkadaran PBT.

Kriteria Tandas Bersih dan Ceria

Kriteria yang diambilkira untuk anugerah ini adalah;

  • -Kebersihan tandas
  • -Keceriaan tandas
  • -Kekemasan tandas dan bangunan tandas( bagi tandas yang ada bangunan sendiri)
  • -Peralatan tandas dan paip dalam keadaan baik
  • -Kaedah dan cara menjalankan pembersihan
  • -Keadaan tepi, luar dan dalam mangkuk tandas ( bagi tandas moden)
  • -Cara mengekalkan kebersihan tandas.
  • -Tanda atau arahan penjimatan penggunaan air
  • -Aroma dan bau juga akan dipertimbangkan
  • -Tandas yang akan diadili adalah tandas yang terdapat di sekolah termasuk tandas guru.
  • -Dan lain-lain keperluan tandas.

 

Tandas atau lebih lembut kalau dikatakan bilik termenung, adalah distinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kita selepas bagun tidur lagi tandas adalah distinasi  tempat pertama  dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur. Jelaslah disini bahawa jika tandas kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu adakah ianya orang yang bersifat pembersih atau tidak.

Demi memupuk setiap insan yang menghuni muka bumi ini cintakan kebersihan dan dapat menghargai tandas, maka SERASI menwujudkan satu lagi Anugerah Tandas Bersih dan Ceria. Diharap dengan terbentuknya Anugerah ini akan dapat melahirkan masyrakat yang cintakan kebersihan dan alam sekitar.