Laman Utama | SERASI | Aktiviti Semasa| MASM | Sekolah Dicalonkan | Hadiah | AJK | Arkib

Senarai Pemenang  

 

 

 

 

 

 

 

Lubang Kompos

 

Bahan

  • ranting atau dahan kecil.
  • Paip berlubang kosong (plastic atau buluh )
  • Sisa-sisa dapur / kantin atau makanan.
  • Tanah
  • Air
  • Penyodok.

 

Cara

Galikan 2 lubang 2 kaki x 2 kaki x 2 kaki. Lubag ini hendaklah di tempatkan di bawah matahari dan udara.

Masukkan ranting-ranting kecil di dasar lubang dan letakan paip berlubang kosong ke dalam untuk pengudaraan.

Letakkan sisa-sisa dapur / kantin (sisa-sisa buangan sayuran dan buah-buahaan, sisa-sisa makanan dan sebagainya) ke dalam lubang dan menutup dengan tanah yang mencukupi supaya tidak berbau. Sekiranya terdapat lalat di atas timbunan, tambahkan tanah untuk menutupi sisa-sisa dapur itu.

Jangan padatkan tanah tetapi longgarkannya dan memastikan supaya tanah menutup semua kandungan lubang. Pastikan lubang itu selalu lembab dan basah sedikit. Ulangi proses ini sehingga lubang penuh. Pada hari hujan yang lebat, tutupkan lubang dengan sekeping kayu atau plastic untuk menggelakkan terlalu banyak air masuk ke dalam lubang. Gunakan lubang yang kedua semasa menunggu sisa-sisa dalam lubang pertama reput dengan sepurna.

Proses pereputan itu biasanya mengambil masa 3-4 minggu bagi lubang kecil, dan 3-4 bulan bagi lubang besar. Untuk menguji sama ada kompos itu siap, ambil sebahagian dari lapisan teratas dan sekiranya tiada berbau, ianya telah siap.

 

balik...

 

 

AJK PENGANJUR SERASI

1. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar ( JPAS ), http://www.sabah.gov.my/jpas

2. Jabatan Alam Sekitar Sabah ( JAS ), http://www.doe.gov.my

3. Kota Kinabalu Wetland Centre, http://www.kkwc.gov.my

4. Unit Sains Dan Teknologi (UST), http://www.sabah.gov.my/ust

5. Jabatan Perhutanan Sabah, http://www.forest.sabah.gov.my

6. Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Sabah. (EAC)

7. Shell Malaysia. http://www.shell.com

8. Jabatan Pelajaran Sabah (JPS)

 

ANUGERAH SERASI

Pengiktirafan kepada usaha pendidikan alam sekitar yang diamalkan di sekolah

 

Laman ini dibangunkan oleh:

Unit Sains Dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri.

Webmaster