Laman Utama | SERASI | Aktiviti Semasa| MASM | Sekolah Dicalonkan | Hadiah | AJK | Arkib

Senarai Pemenang  

 

 

 

 

 

 

 

Membuat kompos Menggunakan Cacing (vermikompos)

Membuat vermikompos adalah proses yang menggunakan cacing untuk menghasilkan kompos daripada sisa-sisa dapur/ kantin.

Membuat vermikompos adalah satu alternative yang baik sekiranya anda mendiami pangsapuri atau sisa-sisa yang dijanakan kebanyakan adalah sisa-sisa makanan.

Makanan yang sesuai sekali bagi cacing-cacing adalah makanan yang berpunca daripada tumbuhan. Ini termasuk sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, serbuk kopi, roti, bijian, uncang teh dan hasil-hasil kertas. Hasil haiwan seperti daging, telur, keju, dan sebagainya tidak digalakkan dan hendaklah digunakan secara minimum untuk mengelakkan bau busuk.

 

Membina Kediaman Cacing

Bahan

  • Tong plastic atau “Styrofoam” dengan penutup
  • Jarring nyamuk
  • Pelekat paip (duct tape)
  • Surat khabar, kertas yang dikoyakkan, atau kadbod
  • Air
  • Segenggam pasir atau tanah
  • Gerudi elektrik dengan mata gerudi 1 inci
  • ½ - 1 kg cacing (2,000-4,000 ekor cacing)

Cacing-cacing yang biasa digunakan secara komersial untuk membuat vermikompos ialah Cacing Harimau (Eiseniafoetida). Cacing Biru Malaysia (Perionyx excavatus) dan Cacing Afrika (Eudrilus eugeniae).

 

Membina Tong Cacing

Gerudikan lubang-lubang di atas atau pun tepi tong. Gerudikan lubang dibahagian bawah untuk memastikan saliran “teh  kompos” yang baik. “Teh  kompos” ialah cecair yang kaya dengan nutrient hasil daripada proses pereputan. Pungutkan cecair ini untuk digunakan sebagai baja daun atau baja biasa.

Memotong jarring nyamuk untuk menutup lubang-lubang di tong dan melekatnya di bahagian dalam tong. Ini adalah untuk mencegah perosak seperti lipas, semut dan serangga lain daripada masuk ke dalam tong.

 

Tapak Cacing

Penyedian tapak cacing adalah satu aspek yang penting dalam pemeliharaan cacing. Sediakan tapak dengan mengoyak kertas mengikut panjang untuk menghasilkan kepingan seluas 1 inci untuk mengisi tong sehingga 1/3 penuh.

Siram air ke atas kepingan kertas dan kacau supaya lembap. Masukkan cacing-cacing ke atas tapak ini.

 

Penjagaan Cacing.

Penberian Makanan: 1kg cacing boleh makan sehingga 1/2kg sisa-sisa dapur sehari. Beri makan setiap hari, seminggu sekali atau bila perlu.

Potongkan sisa-sisa dapur/ kantin  kecil-kecil supaya cacing dapat memakannya dengan senang. Kambus sisa-sisa di bawah sinaran matahari.

Suhu: Suhu yang sesuai bagi cacing ialah di antara 15-26˚C (60-80˚F). Letakan tong di tempat teduh dan bukan di bawah sinaran matahari.

Kelembapan:  Pastikan kelembapan yang cukup apabila menambah sisa-sisa dapur. Sekiranya terlampau basah tambahkan kertas. Jika terlampau kering, siramkan dengan air. Cacing-cacing gemarkan air.

Kegelapan:  Selalu tutup tong cacing. Cacing-cacing tidak suka kepada cahaya dan penutup ini juga dapat mengelakkan lalat.

 

Punggutan Hasil

Selepas 2-3 bulan, cacing akan memakan kertas-kertas dan sisa-sisa makanan tersebut dan menghasilkan kompos yang kaya dan berwarna hitam. Ada dua cara untuk memungut hasil ini;

  1. Menolak kompos ke sebelah tong dan isikn bahagian yang kosong dengan kertas lembap. Masukkan sisa-sisa makanan ke dalam tapak kertas ini. Cacing-cacing akan meninggalkan kompos yang jadi dan berhijrah kea rah makanan baru. Kompos yang siap boleh dipunggut.
  2. Untuk memunggut cacing dan kompos. Tuangkan tong ke atas sekeping plastik. Biarkan cacing-cacing ini berundur daripada cahaya ke bahagian tengah timbunan dan memungut kompos di bahagian luar. Ulangkan prosedur ini sehingga kompos habis dipunggut dan hanya cacing-cacing yang tinggal.

 

 balik...

 

 

 

AJK PENGANJUR SERASI

1. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar ( JPAS ), http://www.sabah.gov.my/jpas

2. Jabatan Alam Sekitar Sabah ( JAS ), http://www.doe.gov.my

3. Kota Kinabalu Wetland Centre, http://www.kkwc.gov.my

4. Unit Sains Dan Teknologi (UST), http://www.sabah.gov.my/ust

5. Jabatan Perhutanan Sabah, http://www.forest.sabah.gov.my

6. Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Sabah. (EAC)

7. Shell Malaysia. http://www.shell.com

8. Jabatan Pelajaran Sabah (JPS)

 

ANUGERAH SERASI

Pengiktirafan kepada usaha pendidikan alam sekitar yang diamalkan di sekolah

 

Laman ini dibangunkan oleh:

Unit Sains Dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri.

Webmaster