Laman Utama | SERASI | Aktiviti Semasa| MASM | Sekolah Dicalonkan | Hadiah | AJK | Arkib

Senarai Pemenang  

 

 

 

 

 

 

 

Apakah Dia Membuat Kompos?

Membuat kompos adalah cara semulajadi bahan organik di kitar semula. Ianya adalah proses di mana bahan-bahan organik di reputkan oleh mikrorganisma dalam keadaan beroksigen. Hasil daripada proses ini ialah kompos yang menguntungkan alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk perkebunan dan pertanian.

 

Faedah-faedah membuat kompos

Membuat kompos mempunyai banyak faedah. Di antara faedah-faedah yang penting ini ialah;

  • Menuntungkan alam semulajadi dengan mengitar semula bahan-bahan sumber organic yang bernilai.
  • Menjimatkan wang daripada membeli baja untuk tumbuhan.
  • Memainkan peranan sebagai pendandan tanah dan menambah isipadu tanah.
  • Menjimatkan air dengan menahan kelembapan dalam tanah.

 

Sekiranya anda tidak mempunyai taman atau menduduki rumah kediaman bertingkat, anda juga boleh membuat kompos dan menggunakan untuk tumbuhan-tumbuhan di rumah atau sekolah, memberinya kepada sahabat atau menggunakan dalam taman komuniti.

 

Biologi Membuat Kompos

Empat bahan yang penting dalam membuat kompos ialah;

                Bahan Kering + Bahan Hijau + Udara + Air 

 

Bahan Kering” dan “ Bahan Hijau”  adalah bahan organic yang boleh reput dan menjadikan bahan utama untuk membuat kompos.

Bahan Kering” adalah bahan seperti daun kering, ranting dan kayu, serbuk kayu dan sebagainya. Bahan-bahan ini mengandungi banyak karbon.

Bahan Hijau”  adalah sisa bahan seperti sisa-sisa sayur, kupasan buahan, sisa makanan dan najis. “ Bahan Hijau”   mengandungi banyak nitrogen.

Kita perlu menggunakan separuh “ Bahan Hijau”  dan separuh “ Bahan Kering” mengikut isipadu dalam sesuatu timbunan kompos.

 

Kandungan Bahan-Bahan Senang Reput.   

  1. Sisa-sisa Dapur/ Kantin
  • Sisa-sisa buangan makanan
  • Sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, kulit, kupasan, biji, daun, akar, batang jagung dan sebagainya.
  • Isi perut
  • Daging dan bahan susu, kulit telur.
  • Sisa-sisa Makanan yang berlebihan.
  • Uncang the, serbuk kopi.

 

  1. Sisa-sisa Kebun
  • .Potongan Rumput
  • Daun
  • Rumput-rumput
  • Daun Kering
  • Kayu-kayuan ( ranting & dahan )
  • Jerami
  • Serbuk kayu
  • Tanah
  1. Surat Khabar dan Kadbod
  • Tuala tandas
  • Kertas tandas
  • Kertas tisu
  • Kotak karbon

 

  1. Benda-benda lain
  • .Lampin kanak-kanak pakaibuang ( buangkan seleput plastic dahulu )
  • Tuala Wanita  ( buangkan seleput plastic dahulu )

 

Udara adalah bahan yang amat penting bagi kehidupan dan pembiakan mikroorganisma pereput.

Air memberi kelembapan kepada mikroorganisma pereput.

Apabila kita membuat timbinan kompos, kita sebenarnya sedang membina tempat kediaman bagi mikroorganisma ini. Rombakan kompos ini amat penting untuk memberi udara dan air kepada mikroorganisma pereput.

Salah satu bahan yang sering digunakan ialah tanah yang menjadi sumber mikroorganisma yang mempercepatkan proses pereputan. Mikroorganisma pereput yang penting adalah bacteria, kulat, cacing dan serangga. Sisa-sisa dapur atau kantin dan makanan boleh juga digunakan sebagai bahan dalam beberapa cara membuat kompos.
Kompos yang siap berbau tanah, berwarna coklat atau hitam dan berasa relai dan sedikit lembab. Kompos akan siap lebih awal sekiranya bahan yang digunakan lebih halus.

Membuat kompos bagi tujuan perkebunan organik adalah sama seperti di atas tetapi tanpa bahan-bahan kertas ( tisu kertas, tuala kertas, lampin kanak-kanak, kadbod dan sebagainya ) oleh sebab mereka ini  dirawat dengan bahan kimia dalam proses pembuatan.

 

 

 

balik...

 

 

 

AJK PENGANJUR SERASI

1. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar ( JPAS ), http://www.sabah.gov.my/jpas

2. Jabatan Alam Sekitar Sabah ( JAS ), http://www.doe.gov.my

3. Kota Kinabalu Wetland Centre, http://www.kkwc.gov.my

4. Unit Sains Dan Teknologi (UST), http://www.sabah.gov.my/ust

5. Jabatan Perhutanan Sabah, http://www.forest.sabah.gov.my

6. Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Sabah. (EAC)

7. Shell Malaysia. http://www.shell.com

8. Jabatan Pelajaran Sabah (JPS)

 

ANUGERAH SERASI

Pengiktirafan kepada usaha pendidikan alam sekitar yang diamalkan di sekolah

 

Laman ini dibangunkan oleh:

Unit Sains Dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri.

Webmaster