Back to Safety & Health Programs
   

ETIKA KERJA PEMANDU

Course Fees
Members
Non-Members
Initial Fees
360
395
SMIDEC Grant
-
-
Reimbursement Scheme
SBL

Pengenalan

Para pemandu memainkan perana yang sangat penting dalam membantu melicinkan perjalanan dan aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi. Selain menjalankan tugas-tugas utama seperti penghantaran/pengangkutan manusia dan barangan, mereka juga bertanggungjawab menjaga keselamatan diri, penumpang serta kenderaan yang mereka pandu. Di samping itu, para pemandu juga secara tidak langsung bertindak sebagai "duta" organisasi/syarikat.

Oleh itu, adalah amat penting mereka dilengkapkan dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran-kemahiran terkini tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka sebagai pemandu.

Jangkamasa Kursus

2 Hari.

Objektif

  • Memahami konsep etika kerja, tugas dan peranan mereka sebagai pemandu berwibawa dan cemerlang.
  • Memahami kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang serta langkah-langkah meningkatan keselamatan memandu di jalan raya.
  • Mengetahui asas-asas mekanikal serta penjagaan dan pemeliharaan kenderaan. Mengetahui aspek-aspek perlesenan dan pendaftaran kenderaan.
  • Mengetahui kaedah-kaedah berkesan berinteraksi dengan tetamu/pelanggan.

Methodologi

Syarahan, latihan individu dan kumpulan, perbincang kumpulan, main peranan dan persembahan.

Peserta

Kursus ini disusun khas untuk mafaat kakitangan-kakitangan baru yang tugas utamanya ialah memandu kenderaan organisasi. Ianya juga berfaedah untuk pemandu-pemandu berpengalaman yang perlu mengemaskinikan dan meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka.

Jurulatih

Encik Taidin J. Suhaimin telah menjadi penceramah / jurulatih professional sejak tahun 1994. Beliah telah pernah menyampaikan kursus kepada lebih daripada 100 badan korporat dna agensi kerajaan di rantau Asia Tenggara sejak 1994. Kerja Encik Taidin mengkhusus dalam bidang-bidang Pembangunan Diri & Motivasi dan Kemahiran Berkomunikasi. Beliau juga berkelulusan ijazah dalam bidang Sains Pengurusan dari Lancaster University, United Kingdom.