Back to Business Management Programs
   

PENGUCAPAN AWAM

Course Fees
Members
Non-Members
Initial Fees
900
950
SMIDEC Grant
-
-
Reimbursement Scheme
SBL

Pengenalan

Kemahiran persembahan dan pengucapan awam merupakan kemahiran yang penting bagi semua orang. Namun begitu, bagi sesetengah orang, berucap di khalayak ramai boleh menjadi mimpi ngeri. Namun demikian, Membuat pengucapan atau persembahan lisan tidaklah terlalu sukar dilakukan seperti mana yang biasa kita fikirkan. Individu boleh menguasai kemahiran tersebut melalui dua langkah utama. Pertama, persiapan dan kedua latihan.

Kursus ini direka khas untuk melengkapkan para peserta dengan asas, amalan dan teknik persembahan berkesan sebagai landasan untuk mereka meningkatkan minat dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu persembahan.


Bagi memudahkan para peserta menimba pengetahuan dan kemahiran yang perlu dalam masa yang singkat, kursus ini akan menekankan aspek praktikal melalui konsep 'experiential learning' - belajar melalui pengalaman dan belajar dalam pasukan.

Jangkamasa Kursus

3 Hari

Objektif

Setelah mengikuti kursus ini dengan jayanya, peserta-peserta akan dapat:

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang prinsip, konsep dan kepentingan membuat persembahaN llisan dan pengucapan awam dengan berkesan
  2. Mengatasi masalah "stage fright" atau perasaan gementar berucap di khalayak ramai.
  3. Mengenalpasti teknik-teknik yang berkesan dalam membuat persembahan yang dapat menarik minat audien.

Methodologi


Kursus ini akan menggunakan pendekatan aktiviti pembelajaran seperti berikut:

  • Persembahan individu
  • Latihan individu dan latihan kumpulan
  • Perbincangan kumpulan
  • Sesi Tayangan Video
  • Sesi Kritik

Peserta

Eksekutif-eksekutif, penyelia-penyelia dan kakitangan-kakitangan yang tugas mereka memerlukan kemahiran menyampaikan ceramah, laporan, penerangan di khalayak ramai serta kakitangan-kakitangan setaraf dengan mereka yang ingin meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran menyampaikan persembahan secara lisan.

Jurulatih

Encik Taidin Suhaimin adalah pengasas dan Ketua Juruperunding USAHAWAN GROUP Managing Consultants, sebuah firma perunding pengurusan yang ditubuhkan di Kota Kinabalu pada tahun 1991. Beliau mempunyai 21 tahun pengalaman kerja meliputi bidang-bidang Pembangunan Sumber Manusia, Komunikasi, Pengurusan Pendidikan dan Pemasaran. Sehingga kini beliau telah melatih kakitangan-kakitangan di lebih daripada 100 buah badan-badan kerajaan dan swasta di Asia Tenggara. Encik Taidin adalah lulusan ijazah Sains Pengurusan (Pengurusan Pemasaran) Lancaster University, United Kingdom, Diploma Pentadbiran Awam serta Sijil Program Pembangunan Eksekutif dari UiTM, Shah Alam.

Kandungan Kursus

  • Pengenalan dan Orientasi kepada kursus
  • Pengenalan kepada Pengucapan Awam
    - 4 Prinsip, Konsep dan Amalan:
    - 4 Cirii Persembahan Impromptu Speech
  • Pengenalan Kepada Pengucapan Awam II
    - 4 Prinsip, Konsep dan Amalan.
  • Latihan Individu, kumpulan dan persembahan kumpulan
  • Tayangan Video
  • Tugasan Individu, tugasan kumpulan, ulasan dan tugasan