Back to Business Management Programs
   

ETIKA KERJA, DISIPLIN DAN MOTIVASI

Course Fees
Members
Non-Members
Initial Fees
400
450
SMIDEC Grant
-
-
Reimbursement Scheme
SBL

Pengenalan

Etika kerja, disiplin dan motivasi kakitangan adalah di antara faktor-faktor utama yang menentukan pembangunan dan kejayaan sesebuah organisasi. Organisasi yang para pekerjanya beretika dan berdisiplin tinggi tidak syak lagi akan dapat menyumbang ke arah mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan cemerlang.

Sebaliknya, organisasi yang pekerja-pekerjanya beretika rendah dan kurang bermotivasi bukan sahaja akan menjejaskan imej organisasi tetapi juga mengakibatkan kerugian dan melemahkan organisasi pada keseluruhannya.

Oleh itu, adalah amat penting setiap tenaga kerja organisasi didedahkan dan dipastikan agar sentiasa peka tentang pentingnya mengamalkan budaya kerja cemerlang pada setiap masa. Dengan lengkah ini, mereka akan lebih berupaya menangani cabaran kerjaya serta tuntuan mencapai matlamat organisasi. Ini akan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan

Jangkamasa Kursus

2 Hari.

Objektif

  • Meningkatkan kefahaman tentang konsep etika kerja dan tuntutan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
  • Memahami pengaruh paradigma terhadap keberkesanan diri dan bagaimana membuat anjakan paradigma baru.
  • Menanam sikap, positif, proaktif dan berinisiatif dan bagaimana mengamalkan konsep ini dalam kerjaya dan kehidupan.
  • Meningkatkan tahap motivasi agar lebih produktif melaksanakan tugas-tugas di tempat kerja.
  • Meningkatkan etika kerja dan disiplin agar terus dapat meyumbang ke arah mewujudkan suasana kerja dalam organisasi yang harmoni dan cemerlang.

Methodologi

Metodologi kursus termasuk: syarahan, latihan individu dan kumpulan, perbincangan, kajian kes dan persembahan.

Siapa Harus Hadir

Kursus ini adalah amat berfaedah untuk semua peringkat kakitangan khususnya kakitangan-kakitangan di peringkat sokongan atau bukan eksekutif atau sesiapa yang ingin meningkatkan lagi tahap etika kerja serta motivasi mereka.

Jurulatih

Encik Taidin Suhaimin adalah pengasas dan Ketua Juruperunding USAHAWAN GROUP Managing Consultants, sebuah firma perunding pengurusan yang ditubuhkan di Kota Kinabalu pada tahun 1991. Beliau mempunyai 21 tahun pengalaman kerja meliputi bidang-bidang Pembangunan Sumber Manusia, Komunikasi, Pengurusan Pendidikan dan Pemasaran. Sehingga kini beliau telah melatih kakitangan-kakitangan di lebih daripada 100 buah badan-badan kerajaan dan swasta di Asia Tenggara. Encik Taidin adalah lulusan ijazah Sains Pengurusan (Pengurusan Pemasaran) Lancaster University, United Kingdom, Diploma Pentadbiran Awam serta Sijil Program Pembangunan Eksekutif dari UiTM, Shah Alam.

Kandungan Kursus
  1. Tuntutan Keberkesanan & Kecemerlangan
  2. Anjakan Paradigma
  3. Sikap Positif & Tabiat Proaktif
  4. Konsep Etika Kerja & Nilai
  5. Etika & Budaya Kerja Cemerlang
  6. Motivasi & Kepimpinan Diri