PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2
NIKMAT DAN MUSIBAH SEBAGAI UJIAN
PELAJARAN 26
Yahaya Mujir SMK Pitas, Peti surat 230, 89108 Kota Marudu, Sabah. email: ikhwah_islamic@yahoo.com
Rancangan Pengajaran | Bahan Pengajaran | Latihan

 

RANCANGAN PENGAJARAN
FOKUS
  • Pelajar menganggap nikmat dan musibah sebagai ujian dari Allah
  • Bersabar ketika ditimpa musibah dan bersyukur ketika menerima nikmat
  • Pelajar dapat membezakan adab ketika ditimpa musibah dan adab ketika menerima nikmat.
KAEDAH / TEKNIK
    • Perbincangan
    • Latih tubi
    • Sumbang saran
HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

Aras 1:

  • Menyatakan pengertian musibah dan nikmat
  • Menerangkan nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia
  • Menerangkan bentuk musibah yang berlaku ke atas manusia
  • Reda dengan ketentuan Allah

Aras 2:

  • Menghuraikan hikmah Allah menguji seseorang dengan musibah dan nikmat
  • Memahami dalil nakli adab-adab ketika ditimpa musibah dan menerima  nikmat dari Allah
  • Menghuraikan kelebihan beradab ketika ditimpa musibah
  • Menjelaskan adab-adab ketika menerima nikmat dari Allah
  • Sentiasa berusaha mengatasi masalah dengan sabar dan menerima nikmat dengan syukur

Aras 3:

    • Menjelaskan kesan-kesan  seseorang yang tidak bersabar ketika ditimpa bala dan tidak bersyukur  apabila menerima nikmat dari Allah
    • Menjauhi diri dari sifat keji apabila menerima nikmat dan ditimpa musibah
Copyright ©2008 BTPN SABAH
All rights reserved. No part of this web site may be reproduced or transmitted in any form
or by any means electronic, mechanical, recording, or otherwise, without the prior
written permission of LamanWeb BTPN SABAH

Fax : 088-710481